Diserang netizen Indonesia, penyampai televisyen Israel mohon maaf

TEL AVIV – Penyampai televisyen Israel, Shai Golden merayu netizen Indonesia agar berhenti ‘menyerang’ akaun Instagram dia dan keluarganya selepas menggelar rakyat negara itu sebagai pengganas, lapor portal berita CNBC Indonesia.

Menerusi satu hantaran permohonan maaf di akaun Instagram peribadinya, @shaigoldenofficial, Golden menegaskan bahawa keluarganya tidak sepatutnya digangggu kerana mereka tidak terlibat dalam hal itu.

Dalam hantaran tersebut, Golden meletakkan bendera Israel di sebelah kiri, manakala bendera Indonesia di sebelah kanan beserta emoji permohonan maaf di tengah dan tandatangannya.

“Saya benar-benar memohon rakyat Indonesia agar berhenti menyerang keluarga saya kerana mereka tidak tahu apa-apa.



“Saya minta semua netizen Indonesia berhenti mengeluarkan kata-kata kasar di akaun saya, isteri dan keluarga saya. Mereka tidak terlibat dalam perkara ini,” tulisnya.

Sebelum ini, Golden menjadi sasaran ‘serangan’ online netizen Indonesia kerana sering mengeluarkan komen negatif mengenai Palestin, mengulas tindakan netizen Indonesia yang sentiasa mengkritik Israel dan pernah menggelar warga Indonesia sebagai pengganas. – AGENSI

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?



Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan



Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker