Harimau berkeliaran, penduduk diarah kekal dalam rumah

Operasi dijalankan bagi menangkap haiwan itu. – Latesly

Seekor harimau bintang mencetuskan kegelisahan penduduk tempatan apabila dilihat berkeliaran di kawasan Ladang Sainik di New Delhi, India, lapor laman berita Thaiger semalam.

Jabatan Perhutanan dengan kerjasama polis tempatan telah memulakan operasi pencarian menyeluruh untuk menangkap haiwan itu.

Seorang pegawai dari Jabatan Perhutanan Santuari Hidupan Liar Asola Bhatti, Subodh Kumar berkata: “Kami menerima panggilan mengenai harimau bintang yang dikesan pada waktu malam. Dengan bantuan polis tempatan, kami menjalankan operasi pencarian pada pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) dan menemuinya berhampiran sebuah rumah ladang,” katanya.

Pasukan itu kemudian meletakkan dua sangkar perangkap di kawasan tersebut untuk menangkap harimau bintang itu.

Arahan telah dikeluarkan kepada orang ramai dengan menggesa mereka agar menjauhi perangkap tersebut. – AGENSI

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker