Jalan dipenuhi coklat, karamel akibat kemalangan lori

Anggota bomba dipanggil membersihkan jalan itu selepas kemalangan. – Ary News

Pihak berkuasa terpaksa menutup lalu lintas di sebuah lebuh raya di negeri Ohio, Amerika Syarikat akibat kemalangan melibatkan lori coklat, lapor laman berita Ary News semalam.

Lebuh raya Interstate 90 West ditutup selepas kemalangan yang membabitkan dua lori itu menyebabkan jalan tersebut dipenuhi karamel dan coklat.

Jabatan Pengangkutan Ohio melaporkan bahawa dua trak itu bertembung sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan) Khamis lalu.

Bekalan coklat dan karamel di dalam salah sebuah lori dilaporkan tertumpah ke atas jalan sehingga memaksa penutupan itu.



Sementara itu, kedua-dua pemandu selamat dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu, namun anggota bomba dikerah untuk membersihkan lebuh raya. – AGENSI

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega



Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker