Jadi nenek atau hantu, itu pun dah tak dapat – Delimawati

Jadi nenek atau hantu, itu pun dah tak dapat – Delimawati

PELAKON Delimawati meluahkan rasa sedih apabila sudah tujuh bulan tidak menerima sebarang tawaran kerja.

Disebabkan hal itu, pelakon yang terkenal dengan watak hantu Kak Limah itu mendedahkan, dia terpaksa berjimat cermat dalam segala hal termasuk menggunakan wang untuk berbelanja harian.



“Dah lama saya tidak keluar rumah, atau ke mana-mana. Sebab saya dah lama tiada tawaran berlakon, hampir tujuh bulan.

“Sebab bila nak keluar, maca-macam nak kena fikir. Duit minyak, duit tol. Saya tak malu nak cerita sebab ni perkara yang betul.

“Saya sekarang duduk dengan anak. Apa anak makan, itu juga yang saya makan. Kami mengharapkan menantu sebab dia seorang sahaja yang kerja,” katanya memetik laporan Gempak.

Dalam pada itu, Delimawati berkata, tawaran lakonan yang diterima semakin berkurang selepas Allahyarham Mamat Khalid meninggal dunia.



“Sejak arwah Mamat tiada, tawaran memang sedikit. Kalau arwah mash ada, ada juga filem-filem yang dia akan buat untuk menaikkan nama artis veteran.

“Sekaran ni, ramai ingat yang saya dah tak aktif. Ramai peminat tanya… tapi saya masih aktif tapi tak diperlukan. Ini sumber rezeki kita tapi orang tak panggil.

Barangkali pelakon yang dulu pegang watak anak, sekarang dah jadi mak. Tinggal watak apa sahaja untuk kami? Jadi nenek atau hantu je ke?.

“Mereka mungkin tengok kami tak perlukan kerja hari-hari. Tapi kami juga ada kereta, rumah nak bayar,” ujarnya lagi.



Sementara itu, Delimawati memberitahu yang dia tidak akan merayu pada mana-mana pihak produksi untuk memanggilnya.

“Bukannya mereka tak kenal saya. Takkan saya nak telefon pengarah suruh ambil saya berlakon. Saya sudah berlakon sejak tahun 1987.

“Mereka tahu kemampuan saya. Kalau mereka mahukan khidmat saya, mereka akan panggil. Kalau tak panggil tu, faham sendirilah,” tambahnya.

Terdahulu, ramai penggiat seni veteran yang mengadu nasib yang sama susulan semakin sedikit tawaran yang diterima malah ada yang menerima bayaran tidak setimpal dengan bakat mereka. Utv



Jadi nenek atau hantu, itu pun dah tak dapat – Delimawati

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini



Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?

Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof



Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker