Jangan ikut saya – Mawar Rashid
Jangan ikut saya – Mawar Rashid
Pelakon, Mawar Rashid mengakui keputusannya untuk tidak lagi bertudung bukanlah contoh yang baik untuk diteladani.
Mawar menerusi Instagram Story memaklumkan dia masih berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan Allah SWT.
“Minta maaf saya tak angkat dan tak menjawab semua yang bertanya mengenai keadaan saya. Saya baru membuka dan melihat telefon malam ni.
“Saya akan bagi kenyataan di sini saja ya. Saya tak nak cakap banyak mengenai isu ini sebab tindakan saya ni bukanlah tindakan yang baik dan tidak patut dicontohi.
“Sungguh pun semua ini dah berlaku, saya masih berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Allah. Biarlah usaha saya ini antara saya dan Allah saja,” katanya malam tadi.
Pada perkongsian sama, Mawar turut memohon maaf kepada semua pihak yang kecewa dengan keputusannya dan meminta semua orang mendoakan agar dia terus istiqamah dalam memperbaiki diri.
“Saya dah buat dan saya cuba sedaya upaya untuk istiqamah selama ini, tapi saya gagal kali ini.
“Doakan saya untuk istiqamah dalam usaha memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan ini. Terima kasih kepada yang masih sokong saya, bagi kata positif dan doakan yang baik untuk saya. Terima kasih,” katanya.
Terdahulu, Mawar memuat naik dua gambar memperlihatkan dia tidak lagi bertudung selepas berbuat demikian pada 17 Ogos 2020.
Selain menutup ruangan komen, Mawar turut memohon diberikan ruang dan bakal kembali aktif selepas bersedia. HM
Jangan ikut saya – Mawar Rashid
Baca Artikel Menarik:
- Marah diperli jiran punca lelaki letupkan bom
- Sorok beras tempatan, kilang di Kedah disita
- Keselamatan Roger Ng dalam bahaya – IGP
- Suami terkejut isteri buat servis di laman web lucah
- Gaza dikepung, penduduk tanpa bahan api, ubat, makanan
- Pasangan suami isteri pelajar USIM, 4 anak maut serangan Israel di Gaza
- Saya sudah cuba… Tapi gagal – Mawar Rashid
- 2 leftenan Kolonel didakwa cabul gadis kedi golf
- Presiden Palestin Abbas mohon bantuan Presiden Rusia untuk hadapi Israel
- Buat laporan tentang pemandu mabuk, dipersendakan pulak?
- Siapa GF Naim Daniel, Iman Troye ke Sissy Iman?
- Mais selar dakwaan Dusuki
- Bayaran Janna Nick tahap diva, tak mampu nak bayar
- Have fun jaja cerita cerai saya – Nadia Annuar
- Kahwinlah Anju, elak buat dosa, nasihat netizen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas
Noniswara terima untuk bermadu
Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis