Alya Iman sekolahkan netizen isu dosa ditanggung ayahnya

Alya Iman sekolahkan netizen isu dosa ditanggung ayahnya

MASIH lagi hangat di media sosial mengenai pelakon dan model, Alya Iman atau Nur Alya Iman Azmil yang membuat keputusan untuk tidak mengenakan hijab lagi mendapat kecaman hebat daripada netizen.

Seorang individu yang dikenali sebagai Latifa bertindak meninggalkan komen menerusi hantaran Instagram terkini milik pelakon telefilem Lelaki Kelas Sebelah itu mengenai tanggungjawab seorang bapa menanggung dosa anak perempuan yang tidak menutup aurat selangkah keluar dari rumah.



“Bukankah memang begitu selangkah keluar dari rumah dengan tanpa menutup aurat bererti sama dengan selangkah memasukkan ayah ke neraka selama dia berkahwin, sebab anak perempuan tanggungjawab ayah. Orang cuma sekadar mengingatkan,” tulisnya.

Dalam pada itu, komen tersebut mendapat perhatian warganet yang lain dan mereka mengingatkan untuk menegur secara berhemah tanpa melibatkan orang yang meninggal dunia.

“Sikit-sikit nak kaitkan dosa dengan arwah ayahnya. Dosa dia, dia la tanggung. Tipikal netizen Malaysia terpaling suci.

“Ayahnya dah meninggal. Dah terlepas urusan dia di dunia.



“Tak ada istilah ibubapa menanggung dosa anak-anak atau suami menanggung dosa isteri kerana setiap hamba Allah bertanggungjawab ke atas dosanya sendiri. Tak perlu kaitkan pun dengan orang yang dah meninggal dunia,” tulis beberapa netizen.

Susulan itu, pelakon berusia 22 tahun itu bertindak membalas komen di entri tersebut dengan menyatakan tanggungjawab bapanya sudah selesai malah diselitkan juga pautan tentang penjelasan mufti mengenai dosa anak perempuan belum berkahwin ditanggung bapa.

“Tanggungjawab ayah saya dah selesai dekat dunia,” tulis anak kepada pelakon popular era 1980-an, Allahyarham Azmil Mustapha itu.

Pada 1 Syawal lalu, pelakon drama Ku Punya Hati itu memuat naik hantaran di Instagram yang memaparkan dirinya tidak lagi bertudung malah dia turut menjelaskan bahawa dia tidak mahu menjadi hipokrit lagi.



Alya turut mendedahkan bahawa perkara itu bukanlah perkara baru kerana ahli keluarga dan teman rapat tahu tentang keadaannya namun dia bertindak untuk tidak mahu berkongsi di media sosial terlebih dahulu. Utv

Alya Iman sekolahkan netizen isu dosa ditanggung ayahnya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami



Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker