Ibu Farid Kamil berkerusi roda sanggup teman, beri sokongan kepada anaknya

Ibu Farid Kamil berkerusi roda sanggup teman, beri sokongan kepada anaknya

Ibu bapa kepada Farid Kamil hadir memberikan sokongan kepada pelakon filem Anwar: The Untold Story itu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, bagi prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) kes perceraian bersama Diana Danielle.

Datuk Dr Zahari Che Dan berkata, dia mendoakan yang terbaik buat anaknya itu.



“Saya tiada komen apa. Saya harapkan yang terbaik,” katanya kepada BH Online.

Yang turut hadir, ibu Farid, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah.

Bagaimanapun, Farid tidak memberikan komen berhubung prosiding sebutan pertama bagi kes nusyuz yang turut berlangsung petang ini.

Peguam syarie mewakili Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, pihaknya memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Diana Danielle pada 6 April lalu berikutan Farid tidak dibenarkan pulang ke rumah dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami.



“Hari ini adalah laporan keputusan JKP. Kami juga ada failkan tuntutan nusyuz pada 6 April lalu, jadi hari ini juga sebutan pertama.

“Jadi, hari ini mahkamah akan beri arahan dan untuk sebutan pertama nusyuz, Diana akan memasukkan pembelaan.

“Dan mahkamah akan putuskan sama ada berlakunya shiqaq iaitu perbalahan yang tidak dapat diselamatkan atau tidak.

“Kalau ada perbalahan tidak dapat diselamatkan, mahkamah akan melantik hakam kerabat dan seterusnya, hakam mahkamah.



“Kemungkinan mahkamah akan tetapkan tarikh lain untuk lantik hakam kerabat,” katanya.

Pada prosiding pagi tadi, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan 8 Ogos depan bagi keputusan inter-parte (kedua-dua pihak) Diana dan Farid berhubung hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua anak mereka, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Hakim Syarie Zulfikri Yasoa menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak memaklumkan akan memfailkan dokumen hujahan berkaitan kes secara serentak.

Pada 24 Mac lalu, Diana memperoleh hadanah interim dua anaknya oleh mahkamah yang sama.



Dalam prosiding terdahulu, Farid mendakwa tidak dapat memasuki rumah yang diduduki bersama isteri sejak awal Mac lalu.

Pada tempoh sama, difahamkan Farid juga tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, melantik pengurus bagi mewakili dirinya, manakala Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 42, pula melantik kakaknya.

Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.



Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. BH

Ibu Farid Kamil berkerusi roda sanggup teman, beri sokongan kepada anaknya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tumbuk muka kekasih, gara-gara tak dapat pinjam kereta

Kau ingat hamba abdi kau ke – Reen Rahim

Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum

Pulau Pinang milik Kedah, jadi tiada isu sempadan – Sanusi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker