TMJ ‘belasah’ pihak yang tunjuk pandai persoal persembahan Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas penyokong yang mempersoal persembahan beberapa pemain Harimau Malaya ketika aksi berdepan Kyrgyzstan, Khamis lalu.

Segelintir penyokong mengkritik dan membuat perbandingan persembahan beberapa pemain Harimau Malaya ketika aksi sulung Kumpulan D kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menganggap semua pihak khususnya penyokong patut bersyukur Harimau Malaya berjaya meraih kemenangan penting dalam perlawanan itu.

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, penyokong juga tidak seharusnya menjatuhkan semangat pemain yang sudah memberikan segala-galanya untuk membantu pasukan negara.

“Sudah menang syukur sahajalah. Lagi nak bising-bising menuding jari sini sana menjatuhkan semangat pemain negara sendiri. Semua pemain sudah beri segalanya, result (keputusan) pun Alhamdulillah.

“Awak nak jadi coach (jurulatih) ini kerja dalam industri bola sepak ke? Ada menang apa-apa ke? Support (sokong) saja pasukan kebangsaan dan diam lebih baik,” kata Tunku Ismail.

Beliau berkata demikian menerusi satu komen yang dibuat di laman Instagram ekorharimaumalaya semalam.

Khamis lalu, Harimau Malaya mempamerkan kebangkitan luar biasa apabila bangkit daripada ketinggalan 3-1 untuk menewaskan Kyrgyzstan yang berada di ranking ke-97 dunia dengan keputusan 4-3.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan Gon menghuni tangga kedua Kumpulan D, berkongsi tiga mata bersama pendahulu, Oman yang menewaskan Taiwan 3-0.

Harimau Malaya akan berdepan pasukan ranking ke-152 dunia, Taiwan di Stadium Municipal, Taipei Selasa ini dalam usaha meraih kemenangan kedua.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker