Kehidupan daif 4 keluarga di Pasir Puteh

Kehidupan daif 4 keluarga di Pasir Puteh

Pasca wabak Covid-19 dan bencana banjir, tidak sedikit yang ditimpa kesusahan. Bagi yang sedia susah, ia ibarat jatuh ditimpa tangga.

Begitulah keadaan bagi empat keluarga di Kampung Danan, Pasir Puteh, Kelantan, yang hidup serba kekurangan akibat kekangan sumber kewangan, malah ada antara mereka terpaksa menumpang di tanah rezab kerajaan selain kediaman tidak sempurna.

Semalam, Malaysiakini melakukan tinjauan di kampung tersebut selepas menerima aduan penduduk setempat yang memaklumkan keadaan daif mereka.



Salah seorangnya adalah Zainun Mamat, 66, yang tinggal bersama dua anak di rumah usang di pinggir tanah rezab tali air sejak lebih 20 tahun lalu.

Tidak dapat bekerja kerana mengidap asma kronik, dia hanya bergantung harap kepada bantuan bulanan RM500 diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, wang itu menjadi bekalan untuk menampung keperluan harian, namun tidak mampu untuk memperbaiki keadaan rumah.

Kedua-dua anaknya hanya bekerja kampung dengan pendapatan yang tidak seberapa.




Kediaman Zainun Mamat

“Saya tak ada tanah, terpaksalah tumpang tanah (rezab) ini. Walaupun terpaksa berdepan banjir, saya tiada pilihan.

“Februari lalu rumah naik air, bahagian belakang rumah runtuh kerana mendapan tanah. Alhamdulillah ada orang tolong baiki dah bahagian yang terjejas,” katanya kepada Malaysiakini.

Selain Zainun, kehidupan terhimpit juga dialami adiknya Mek Zarah, 56, (gambar utama) yang juga ibu tunggal dan pengidap diabetes kronik.



Dua tahun lalu kaki kanannya terpaksa dipotong akibat penyakit tersebut sekali gus membataskan pergerakan dan tidak mampu bekerja. Anaknya juga bekerja sebagai buruh di kampung.

Dia reda dengan keadaan itu tetapi pada masa sama tetap berharap ada pihak yang sudi membantunya untuk membina tandas dan menyediakan bekalan air.

“Sekarang saya cuma menumpang mandi di rumah sepupu. Itupun hanya sekali sehari. Bekalan air untuk minum dan memasak pun terpaksa angkut.

“Saya sendiri tak pasti nak minta bantuan siapa, mujur sebelum ini ada penduduk kampung bantu dapatkan bantuan bulanan JKM.

“Saya harap sempena bulan Ramadan ini ada pihak yang sudi bantu sekurang-kurang dapat menyalurkan bekalan air ke rumah,” katanya yang menerima bantuan RM300 sebulan.

Sementara itu lain pula ujian dihadapi Ismail Daud, 75, apabila dia sekeluarga tidak mampu untuk menyiapkan rumah yang dibina semula.

Menurutnya, rumahnya perlu dibina semula kerana terlalu usang dan tidak selamat lagi didiami, justeru terpaksa dirobohkan.


Ismail Daud

Bagaimanapun binaan baru itu tidak dapat disempurnakan kerana ketiadaan dana.

“Rumah sebelum ini sangat usang, jadi saya bina semula dengan sumber kewangan terhad dan bantuan orang ramai.

“Saya juga terima sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) untuk menyiapkan bahagian bumbung tetapi menurut kontraktor, peruntukan disediakan itu tidak mencukupi.

“Jadi sehingga sekarang pembinaan rumah ini terbengkalai. Bumbung pun kontraktor buat separuh saja,” katanya yang bekerja mengambil upah mencuci botol.

Anaknya tidak bekerja manakala seorang lagi masih bersekolah.

Justeru Ismail sangat berharap sekiranya ada pihak sama ada wakil rakyat, mana-mana agensi atau orang luar yang dapat membantunya.

“Buat masa sekarang saya berteduh di pondok bekas kedai kopi bersama isteri dan tiga anak,” katanya.


Che Min

Harapan sama turut diluahkan seorang lagi warga emas, Che Min Che Man, 65, yang sekian lama tinggal berseorangan di sebuah pondok usang di kampung tersebut.

Bukan saja kecil, malah pondok tersebut dilihat hanya menanti masa untuk rebah menyembah bumi.

Penerima bantuan bulanan JKM itu berkata, dia tidak tahu bagaimana cara untuk memohon bantuan daripada mana-mana pihak.

“Buat masa ini saya tumpang rumah isteri yang baru dikahwini yang anak tiri sediakan.

“Memang saya sangat berharap untuk baikpulih rumah ini, tetapi tidak mampu. Nak minta bantuan pun tak tahu nak minta dengan siapa,” ujarnya. Mk

Kehidupan daif 4 keluarga di Pasir Puteh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

https://mykmu.net/2022/04/06/zoey-rahman-kini-rapat-dengan-shakira-stephen-setelah-tiada-jodoh-dengan-zarina-anjou

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker