Tiket konsert UNIC pun ‘sold out’
PETALING JAYA – Lebih dua dekad mewarnai industri muzik nasyid negara, kumpulan UNIC buat pertama kalinya bakal menggabungkan semua bekas ahli kumpulan itu dalam satu konsert, REUNIC Live In Concert The Finale See You Di IPT The Musical Oktober depan.
Menurut Dr. Fitri Haris selaku pengarah konsert bersama Fakhrul dan Bazli UNIC, kemunculan ahli-ahli REUNIC yang lengkap dan sambutan yang memberangsangkan daripada peminat membuktikan bahawa nasyid juga mampu bersaing setaraf dengan genre muzik yang lain.
Justeru, mereka memutuskan untuk mengadakan konsert REUNIC Live In Concert The Finale See You Di IPT The Musical di lokasi bertaraf dunia bertempat di Zepp, Kuala Lumpur, 8 Oktober ini.
“Buat kali pertama, sebuah konsert nasyid diadakan di lokasi acara bertaraf dunia. Mungkin ada yang bertanya, mengapa Bukit Bintang dan bukan di Institut Pengajian Tinggi (IPT)?
“Pemilihan tempat di Bukit Bintang membuktikan bahawa nasyid juga mampu bersaing setaraf muzik arus perdana yang pernah diadakan di situ seperti kumpulan Search, Bunkface dan artis-artis antarabangsa yang lain lantas menaikkan martabat nasyid di mata dunia,” katanya.
Mengambil tema adaptasi telemovie See You di IPT oleh UNIC pada tahun 2004 dan membawakannya terus di atas pentas mega, konsert ini pastinya akan menggamit nostalgia penonton yang hadir.
Tidak sekadar UNIC, konsert tersebut juga bakal dimeriahkan dengan kemunculan khas selebriti terkenal seperti Bell Ngasri, Bienda, Zizi Kirana, Mawi dan Anas Tahir.
Walaupun tiket secara fizikal sudah habis terjual, konsert yang turut mendapat sokongan dana melalui Geran Dana Kandungan Digital yang dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta ditaja Kumpulan Megaklinik Zahran turut memenuhi perminataan peminat yang tidak dapat hadir.
Menerusi inisiatif tersebut, peminat yang tidak dapat hadir menyaksikan secara live (langsung) boleh mendapatkan tiket dan menontonnya secara dalam talian.
Tiket konsert bagi tontonan dalam talian boleh dibeli menerusi pautan http://t2u.asia/e/2844 dan akan ditayangkan sehari selepas Konsert LIVE REUNIC The Finale iaitu pada 9 Oktober, tepat pukuk 9 malam.
Tidak hanya berhibur, penonton turut boleh membeli tiket sambil beramal kerana sebahagian daripada hasil pembelian akan disalurkan terus ke tabung kemanusiaan Cinta Gaza Malaysia.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zahid tegaskan hubungannya dengan Ismail Sabri mesra dan utuh
- Kematian Ratu Elizabeth II: ‘Imam masjid meninggal dunia pun kami tidak kibar bendera separuh tiang’
- GTA kata Mahathir perlu jadi PM kali ke-3, rakyat kata jangan buat gila!
- Pendapatan penyanyi jalanan buat juruwang terkejut [VIDEO]
- Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki dicintai
- Ejen kosmetik diculik kerana perselisihan sindiket dadah
- Ramai pemimpin PH tak beriman, tak bermoral – Hadi
- Samy Vellu meninggalkan kata-kata yang tetap abadi di kalangan rakyat Malaysia
- ‘Sampai bila mahu hidup dengan babi?’
- Yana Najib kena maki dengan kakitangan KKM
- Putera William warisi harta pusaka berusia 685 tahun bernilai £1 bilion
- Anna Jobling jadi jahat rebut Meerqeen
- Sanusi sindir lagi, pemain import kami reti cakap Kedah
- Raja Charles III naik darah dakwat pen bocor terkena tangan
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Saya bukan kurang ajar – Rosyam
- Keadaan kesihatan Najib umpama `bom jangka’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin
Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju
You must be logged in to post a comment.