Didenda RM30,000 hantar video lucah bekas isteri kepada suami baharu

Didenda RM30,000 hantar video lucah bekas isteri kepada suami baharu

Didenda RM30,000 hantar video lucah bekas isteri kepada suami baharu
Pemandu lori, Mohd Suhaimi Yusof, 50, didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan. – Foto NSTP/Ahmad Hasbi

SEREMBAN: Seorang pemandu lori didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan menghantar gambar dan video lucah bekas isterinya kepada suami wanita berkenaan menerusi WhatsApp, tiga tahun lalu.

Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman denda RM6,000 bagi setiap pertuduhan, dengan hukuman penjara dua bulan bagi setiap pertuduhan jika tertuduh gagal membayar denda.

Mohd Suhaimi Yusof, 50, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan hakim berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan WhatsApp secara tidak wajar dengan menghantar tiga keping gambar dan dua rakaman video lucah kepada seorang lelaki dengan niat mengganggunya.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan pada 22 Mac 2023 di sebuah premis di Mantin, di sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hayati Semangat Perang Badar Dan Uhud – Reezal


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.Jika sabit kesalahan, Seksyen 233(3) memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, pengadu menerima beberapa gambar dan video berunsur lucah daripada tertuduh yang juga bekas suami isterinya.

Pengadu berasa terkilan dan terganggu selepas menerima serta melihat kandungan berkenaan yang memaparkan isterinya.

Tertuduh reda dipenjara

Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak membuat sebarang rayuan terhadap hukuman dan memaklumkan dia reda sekiranya dihukum penjara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Terus Beri Ruang Anak Muda Cetus Pembaharuan – Johari


Mohd Suhaimi memberitahu mahkamah bahawa dia kini bekerja sebagai pemandu lori dan mempunyai empat anak, tiga daripadanya masih bersekolah serta kini dijaga bekas isterinya.

Katanya, dia bertindak demikian kerana buntu dan berang selepas mendakwa ditipu wanita berkenaan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Shahrul Rizal menasihatkan tertuduh supaya berfikir terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Akibatnya kamu sendiri yang kena tanggung. Nasihat saya selepas ini fikir dulu baik, buruk,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pengarah/Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohamad Farhan Kamarudin.

Didenda RM30,000 hantar video lucah bekas isteri kepada suami baharu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemuda UMNO Tegas Pertahan Kuasa Prerogatif Yang di-Pertuan Agong – Dr Akmal

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker