Bayi meninggal dunia selepas ditemui tak sedarkan diri, ibu dan pengasuh ditahan
Bayi meninggal dunia selepas ditemui tak sedarkan diri, ibu dan pengasuh ditahan

GEORGETOWN: Seorang bayi berusia 13 bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Kampung Melayu, Air Itam di sini, kelmarin.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan selepas ditemui tidak sedarkan diri, namun kemudian disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, berkata hasil siasatan awal mendapati terdahulu pengasuh mangsa menemukan bayi itu tidak sedarkan diri dengan bibir kebiruan kira-kira jam 2 petang.
Susulan itu, beliau berkata, bayi berkenaan dikejarkan ke hospital oleh pengasuh serta ibu mangsa.
“Polis kemudian menahan pengasuh dan ibu mangsa bagi membantu siasatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Wajar Diberi Jawapan, Keputusan Mengenai Had Usia – Wakil MKT
- Jangan Hilang Fokus, Terus Tumpu Kepercayaan Anak Muda – Hairi
- Bank Bakat Wanita Perlu Jadi Platform Lahir Calon Berpotensi
“Bedah siasat sudah dijalankan, semalam. Punca kematian belum dapat dipastikan, dan masih menunggu keputusan analisis makmal,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Abdul Rozak berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Pengasuh mangsa direman tujuh hari hingga 15 September, manakala ibu bayi itu direman tiga hari hingga esok bagi membantu siasatan,” katanya.
Bayi meninggal dunia selepas ditemui tak sedarkan diri, ibu dan pengasuh ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gerakkan Gelombang Biru, Menangi Kepercayaan Rakyat – Noraini
- Puteri UMNO Mahu Jadi Wadah Dipercayai Wanita Muda – Nurul Amal
- ‘Kalau Perlu RCI, Siasat Semua… Bukan UMNO Sahaja’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda UMNO Tegas Pertahan Kuasa Prerogatif Yang di-Pertuan Agong – Dr Akmal
You must be logged in to post a comment.