Mayat dalam tangki kumbahan: Polis tukar klasifikasi kepada kes bunuh

Mayat dalam tangki kumbahan: Polis tukar klasifikasi kepada kes bunuh

Mayat dalam tangki kumbahan: Polis tukar klasifikasi kepada kes bunuh
Keratan berita disiarkan BH Online

NIBONG TEBAL: Kes penemuan mayat seorang lelaki dengan tangan dan kakinya terikat di dalam tangki kumbahan di belakang sebuah rumah teres di Taman Seri Bistari, di sini, semalam, diklasifikasikan semula daripada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Deputi Superintendan Mohd Norazmi Abd Ghapar, berkata siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi merungkai kes pembunuhan itu.

Beliau berkata, proses bedah siasat dijalankan, hari ini, bagi mengesahkan identiti mangsa serta punca kematiannya.

“Berdasarkan hasil bedah siasat dan perkembangan siasatan, polis menukar klasifikasi kes daripada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu bunuh

“Siasatan lanjut secara menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif dan punca kejadian, selain mengesan serta menahan mana-mana suspek terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hayati Semangat Perang Badar Dan Uhud – Reezal


“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, bagi mengelak kekeliruan serta tidak menjejaskan siasatan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan 10 individu termasuk lima warga Myanmar direman antara empat hingga tujuh hari bagi membantu siasatan kes culik dan bunuh seorang lelaki tempatan yang mayatnya ditemui di dalam tangki kumbahan, di sini, semalam.

Semalam, media melaporkan bau busuk dari sebuah kediaman di Taman Seri Bistari, di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki dengan tangan dan kakinya terikat di dalam tangki kumbahan di belakang rumah teres itu.

Polis sebelum ini menerima laporan orang hilang daripada keluarga mangsa di daerah Seberang Perai Tengah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Terus Beri Ruang Anak Muda Cetus Pembaharuan – Johari


Anak saudara mangsa turut membuat laporan selepas mendapati wang tunai RM30,000 dipindahkan daripada akaun bank mangsa ke dalam akaun kedai runcit di Sungai Bakap pada Isnin lalu.

Pemeriksaan dilaporkan mendapati pemilik kedai runcit itu diarah memindahkan wang berkenaan ke sebuah bank di Myanmar.

Mayat dalam tangki kumbahan: Polis tukar klasifikasi kepada kes bunuh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemuda UMNO Tegas Pertahan Kuasa Prerogatif Yang di-Pertuan Agong – Dr Akmal

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker