Motosikal bapa terbabas, anak 9 tahun maut dirempuh selepas tercampak
Motosikal bapa terbabas, anak 9 tahun maut dirempuh selepas tercampak

TEMERLOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut selepas tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh kenderaan apabila motosikal ditunggang bapanya terbabas di Kilometer 2, Jalan Temerloh-Mentakab di sini, semalam.
Mangsa, Nur Yuuna Aqilah yang juga murid Maahad Tahfiz Integrasi Al-Mukmin, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 2 petang.
Bapa mangsa, Syafriyandi Ismail, 55, cedera ringan dan mengalami serangan jantung serta dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS).
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian jam 2.20 petang.
Katanya, motosikal dinaiki dua beranak itu dalam perjalanan menuju ke Mentakab sebelum dipercayai hilang kawalan dan melanggar penghadang batu di tengah jalan.Mohd Nasyim berkata, pemandu kenderaan berusia 21 tahun yang juga pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tidak mengalami sebarang kecederaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Wajar Diberi Jawapan, Keputusan Mengenai Had Usia – Wakil MKT
- Jangan Hilang Fokus, Terus Tumpu Kepercayaan Anak Muda – Hairi
- Bank Bakat Wanita Perlu Jadi Platform Lahir Calon Berpotensi
“Pembonceng tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah kenderaan yang menuju ke arah Temerloh yang tidak sempat mengelak,” katanya.
Katanya, keadaan jalan di lokasi kejadian adalah lurus, mempunyai empat lorong dua hala dan permukaan jalan rata serta kering ketika cuaca baik.
“Semakan juga mendapati penunggang motosikal berkenaan tidak mempunyai lesen memandu,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Motosikal bapa terbabas, anak 9 tahun maut dirempuh selepas tercampak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gerakkan Gelombang Biru, Menangi Kepercayaan Rakyat – Noraini
- Puteri UMNO Mahu Jadi Wadah Dipercayai Wanita Muda – Nurul Amal
- ‘Kalau Perlu RCI, Siasat Semua… Bukan UMNO Sahaja’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda UMNO Tegas Pertahan Kuasa Prerogatif Yang di-Pertuan Agong – Dr Akmal
You must be logged in to post a comment.