Polis cari pemandu uji kelajuan di Putrajaya
Polis cari pemandu uji kelajuan di Putrajaya

KUALA LUMPUR: Polis giat mengesan individu serta kereta yang terbabit dalam aksi menguji kelajuan di Putrajaya di sini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed, berkata perkara itu dikesan menerusi video berdurasi 25 saat yang dimuat naik di aplikasi Threads.
Hantaran video itu memaparkan rakaman aksi dua kenderaan dipercayai diuji kelajuan di Jambatan Putra.
“Hasil penelitian awal terhadap rakaman itu mendapati perbuatan berkenaan berpotensi membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.
“Sehubungan itu, polis sedang menjalankan usaha bagi mengesan dan mengenal pasti individu serta kenderaan yang terbabit bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Wajar Diberi Jawapan, Keputusan Mengenai Had Usia – Wakil MKT
- Jangan Hilang Fokus, Terus Tumpu Kepercayaan Anak Muda – Hairi
- Bank Bakat Wanita Perlu Jadi Platform Lahir Calon Berpotensi
Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan.
Katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti menguji kelajuan atau berlumba di jalan awam yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
Kes disiasat di bawah Seksyen 81 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gerakkan Gelombang Biru, Menangi Kepercayaan Rakyat – Noraini
- Puteri UMNO Mahu Jadi Wadah Dipercayai Wanita Muda – Nurul Amal
- ‘Kalau Perlu RCI, Siasat Semua… Bukan UMNO Sahaja’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda UMNO Tegas Pertahan Kuasa Prerogatif Yang di-Pertuan Agong – Dr Akmal
You must be logged in to post a comment.