General SVR dedahkan 7 percubaan bunuh Presiden Rusia sejak 2012

MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin dikatakan berjaya mengelak sekurang-kurangnya tujuh percubaan membunuhnya sejak tahun 2012, demikian menurut akhbar Metro News UK kelmarin.

Percubaan  terbaharu dilaporkan berlaku  minggu lepas apabila kenderaan limousin beliau dikatakan diserang ketika dalam perjalanan.Insiden tersebut menjadi tular menerusi saluran Telegram selepas disebarkan oleh satu akaun tidak dikenali.

Menurut saluran telegram berkenaan, General SVR, kereta yang dinaiki Putin  dilanggar oleh

‘dentuman kuat pada roda hadapan sebelah kiri’,  diikuti asap tebal.

“Dalam perjalanan pulang ke kediaman rasminya, kereta pengiring pertama telah dihalang oleh sebuah ambulans yang menghadang jalan raya.

“Kereta pengiring kedua mula memecut ke arah limosin Putin sebelum bunyi dentuman kuat pada  roda depan kiri didengari.

“Pemandu berjaya mengekalkan limosin di atas jalan raya walaupun hilang kawalan seketika dan berjaya tiba di destinasi dengan selamat,” tulis saluran tersebut.

General SVR mendakwa bahawa maklumat itu berasal daripada  sumber dalaman.

Saluran sama  juga tidak dapat mengesahkan bilakah percubaan pembunuhan itu berlaku dan siapakah dalangnya.

Bagaimanapun, jurucakap Kremlin, Dmitry  Peskov dengan tegas menafikan dakwaan tersebut.

Sementara itu, felo kanan Pusat Analisis Dasar Eropah, Olga Lautman menegaskan bahawa berita itu cuma khabar angin yang bertujuan ‘mencetuskan panik’.

“Khabar angin cubaan membunuh Putin datang daripada saluran Telegram pelik yang berkemungkinan besar dikendalikan oleh perisikan Russia.

“Berhati-hati apabila menyebarkan maklumat yang tidak mempunyai sumber atau cubaan untuk mencetuskan panik kepada orang ramai,” katanya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker