Uqasha Senrose Teruk Dikecam Kerana Drama ‘Madu Atau Racun’, Tuan Badan Akhirnya Tampil Bersuara

Uqasha Senrose kecewa drama Madu Atau Racun dikritik berdasarkan klip tular hingga hal peribadi dan anak turut disentuh netizen.

Uqasha Senrose Teruk Dikecam Kerana Drama ‘Madu Atau Racun’, Tuan Badan Akhirnya Tampil Bersuara

Uqasha Senrose Teruk Dikecam Kerana Drama ‘Madu Atau Racun’, Tuan Badan Akhirnya Tampil Bersuara

Pelakon jelita, Uqasha Senrose tampil bersuara selepas drama bersiri Madu Atau Racun yang dibintanginya menerima kecaman daripada segelintir pihak.

Uqasha menyifatkan tindakan membuat kesimpulan hanya berdasarkan klip yang disunting dan tular di media sosial sebagai sesuatu yang tidak wajar.

“Apa yang korang tengok bukan keseluruhan cerita” – Uqasha Senrose

Uqasha Senrose Teruk Dikecam Kerana Drama ‘Madu Atau Racun’, Tuan Badan Akhirnya Tampil Bersuara

Menerusi hantaran di Instagram Story, Uqasha meminta penonton supaya mengikuti keseluruhan jalan cerita sebelum membuat sebarang penilaian.

Apa yang korang tengok bukan keseluruhan cerita dan setiap episod.

Katanya, setiap episod mempunyai jalan cerita, ujian, pengajaran serta keinsafan tersendiri.

Hanya tengok klip-klip yang sudah disunting?

Setiap jalan cerita pasti ada ujian, pengajaran, iktibar dan keinsafan. Cuba tengok sampai episod terakhir dan nilailah selepas itu.

Kecewa bila hal peribadi dan anak turut disentuh

Uqasha Senrose Teruk Dikecam Kerana Drama ‘Madu Atau Racun’, Tuan Badan Akhirnya Tampil Bersuara
Lebih membuatkan Uqasha kecewa apabila kecaman terhadap drama tersebut dikatakan sudah melangkaui karya lakonan apabila ada pihak menyentuh soal peribadi dan anak.

Jangan terus ‘judge’ (hukum) macam tiada hari esok sampai ke ‘personal’ (hal peribadi) pun korang sentuh.

Dalam hantaran berbeza, Uqasha turut meluahkan rasa kesal apabila ada pihak mengaitkan isu tersebut dengan agama.

Uqasha mengakui dirinya terkilan apabila kecaman dibuat sedangkan drama berkenaan masih berada di peringkat awal tayangan.

Sampai mempersoalkan Islam ke? Masing-masing ada anak perempuan sampai sentuh anak. Maaf, itu sudah terlalu melampau.

Menurutnya, ada kemungkinan sesetengah pihak hanya melihat potongan video yang muncul di FYP tanpa mengikuti keseluruhan cerita.

Baru episod berapa, terus kena kecam sampai ke anak-anak. Ya Rabbi. Yang ‘judge’ semua ini rasanya bukan tengok cerita, tapi tengok apa yang lalu di FYP saja.

Uqasha sekali lagi meminta penonton supaya melihat keseluruhan kandungan drama sebelum memberikan sebarang penilaian.

Tengok cerita. Tengok isi kandungan cerita. Agak melampau juga korang yang bercakap sedap mulut ini.

Uqasha Senrose Teruk Dikecam Kerana Drama ‘Madu Atau Racun’, Tuan Badan Akhirnya Tampil Bersuara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Multaqa Ilmuwan Islam, Konvensyen Pendidikan Melayu Buka Tirai PAU 2026

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker