APA PERKEMBANAGAN SIASATAN KES ZETI? – DrPuad Zarkashi

Apa jadi pada kes Zeti. Mohon jangan lambat umum hasil siasatan. Secara moral Zeti patut letak jawatan sebagai Pengerusi PNB.

Ini membabitkan soal intergriti, ketelusan dan keboleh percayaan kepada institusi kerajaan. Ia menarik perhatian beberapa agensi berita Antarabangsa seperti Asia Nekkei dan Reuters

Suami Zeti dan dua anaknya dituduh terima hampir RM700 Juta daripada Jho Low. Polis Singapura telah membuat siasatan. Manakala akuan bersumpah yang ditandatangani oleh suami Zeti disahkan tulin.



Polis Singapura juga telah serah laporan itu kepada Bank Negara Malaysia di mana ketika itu Zeti masih lagi gabenor BNM.

Persoalannya, apakah BNM serah laporan itu kepada PDRM dan SPRM untuk tindakan selanjutnya. Atau terperap terus di BNM?

Kalau tidak diserah kepada PDRM dan SPRM apakah itu boleh dianggap salah guna kuasa? Apakah ada percubaan untuk sembunyi bahan bukti?

Semoga pihak PDRM tidak meninggalkan aspek penting ini di dalam siasatan mereka. Siasatan mesti menyeluruh. Pulihkan keboleh



Percayaan.

DrPuad Zarkashi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO

 

Soalan Untuk Zeti, PH Dan PN



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker