Perkembangan Akta Antilompat Parti baik walaupun MoU bakal berakhir 31 Julai

KUALA LUMPUR: Fokus utama Pakatan Harapan (PH) ketika ini adalah bagi meluluskan Akta Antilompat Parti di Parlimen, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata sama ada Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dengan PH yang berakhir pada 31 Julai depan akan dilanjutkan atau tidak merupakan persoalan kedua.

“Belum lagi, kita belum jumpa lagi (dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob). Fokus kita sekarang ialah kita mesti putuskan dahulu Akta Anti Lompat Parti.



“Perkembangan itu saya difahamkan berjalan dengan baik, Jawatankuasa Pilihan Khas telahpun mengadakan beberapa siri mesyuarat dan kita harap selepas raya nanti, satu tarikh untuk sidang khas dapat ditetapkan dan fokus kita ialah nak luluskan Akta Anti Lompat Parti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Sesi Suai Kenal beliau bersama media di sini hari ini.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan ketika ditanya mengenai kedudukan MoU antara Kerajaan Persekutuan dan PH berkata Majlis Tertinggi UMNO memutuskan ia tidak akan diteruskan lagi selepas 31 Julai.

MoU itu ditandatangani pada September 2021 oleh Ismail Sabri dan pemimpin parti dalam gabungan PH yang sepakat bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan sebelum 31 Julai 2022.

Pada 20 April lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan berkata beliau optimis Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dapat menyediakan penyata mengandungi cadangan rang undang-undang itu dalam tempoh sebulan.



Majlis Presiden PH pula pada 11 April dalam kenyataan memaklumkan mahu Pindaan Perlembagaan dan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti yang dipersetujui mereka dan pihak kerajaan dibentang serta diluluskan dalam satu sidang khas Parlimen sebelum penghujung Mei 2022.

Loke juga berkata setakat yang beliau tahu, tiada rundingan rasmi antara PH dengan Bersatu dan menegaskan bahawa sebarang keputusan baharu mesti diputuskan oleh Majlis Presiden PH terlebih dahulu.

“Mengenai Bersatu, kita tidak rasa ia ada ruang untuk berunding (dengan PH), itu jelas, saya pun dah nyatakan banyak kali pendirian itu. Saya pun tidak tahulah apa yang dimaksudkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu), itu terpulang kepada dia,” katanya.

Pada 24 April lepas, Muhyiddin dilapor berkata Bersatu sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik bagi memastikan Barisan Nasional berdepan saingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan ia kini di peringkat awal rundingan bagi menawarkan formula ‘menang-menang’ antara mereka supaya dapat mencapai agenda itu.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan



Janna Nick Gatal Raya pula (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker