Malaysia jadi ‘lauk’ Laos, tersingkir Kejuaraan B-23 AFF

Malaysia jadi ‘lauk’ Laos, tersingkir Kejuaraan B-23 AFF

Skuad negara tersingkir dari Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) selepas tewas buat kali kedua di tangan Laos dalam tempoh empat hari dan kali ini 2-0 dalam saingan di Stadium Morodok Techo, Phnom Penh, Kemboja sebentar tadi.

Kemenangan itu juga sekali gus membolehkan Laos layak ke separuh akhir.

Pengendali skuad negara, Brad Maloney menyenaraikan 20 pemain untuk perlawanan berkenaan walaupun pada awalnya dimaklumkan hanya memiliki 16 pemain akibat disyaki positif COVID-19.

Tewas 1-2 di tangan Laos pada aksi pertama, Jumaat lalu, skuad Harimau Muda memerlukan sekurang-kurangnya kemenangan 2-0 malam tadi untuk menjuarai Kumpulan B dan mara ke separuh akhir.

Ketika anak buah Maloney berusaha mencari jaringan pendahuluan, namun gawang skuad negara yang terlebih dahulu dibolosi pada minit ke-43 menerusi sepakan percuma ketua pasukan Laos, Bounpachan Bounkong.

Walaupun dilihat lebih mendominasi permainan dan banyak melakukan percubaan pada babak kedua, namun persembahan serba tidak menjadi menyaksikan Malaysia gagal mendapatkan jaringan penyamaan.

Sebaliknya, Laos berjaya menambah jaringan kedua pada minit ke-86 menerusi Souksakhone Bouaphaivanh dan kedudukan itu kekal hingga wisel penamat.

Ia menjadi pencapaian yang mengecewakan dengan Malaysia diletakkan sebagai pilihan untuk menjuarai saingan Kumpulan B susulan penarikan diri Indonesia dan Myanmar.

Malah, ia juga menjadi kegagalan kedua pasukan bola sepak negara dalam tempoh kira-kira tiga bulan bagi peringkat Asia Tenggara selepas skuad senior Harimau Malaya juga terkandas di peringkat kumpulan Piala AFF, Disember lalu. BH

Malaysia jadi ‘lauk’ Laos, tersingkir Kejuaraan B-23 AFF


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker