Pemain Argentina mahu Scaloni kekal

Pemain Argentina mahu Scaloni kekal

Pemain Argentina mahu Scaloni kekal
LIONEL Scaloni (kanan) melambai tangan sambil berjalan bersama Lionel Messi yang memegang Piala Dunia. FOTO AFP

Buenos Aires: Ketika jurulatih Argentina, Lionel Scaloni masih mempertimbangkan masa depannya bersama skuad kebangsaan, pemainnya pula jelas mahu pengendali berusia 48 tahun itu terus kekal sebagai pengendali pasukan.

“Bagi saya, beliau antara jurulatih paling penting. Beliau memberi saya peluang melakukan penampilan sulung dan saya harap beliau kekal,” kata pemain tengah, Nicolás Paz ketika tiba di Buenos Aires untuk menyertai kem latihan, semalam.

Kontrak Scaloni akan tamat pada Disember ini dan beliau sebelum ini memberi bayangan untuk berundur selepas Argentina tewas 0-1 kepada Sepanyol pada final Piala Dunia FIFA, Julai lalu.

Bagaimanapun, beliau kini masih dalam rundingan dengan Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) mengenai kemungkinan melanjutkan kontraknya.

Pertahanan berpengalaman, Cristian Romero turut menyatakan harapan supaya Scaloni meneruskan tugasnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bantuan Makanan Ringankan Beban Mangsa Banjir Kuala Bil


“Kami harap beliau kekal. Beliau adalah individu penting dalam membina pasukan kebangsaan ini, jadi sudah tentu kami mahu beliau terus bersama kami,” katanya.

Pemain pertahanan Leonardo Balerdi menyifatkan ia sebagai satu keistimewaan sekiranya Scaloni kekal, manakala pemain sayap Benfica, Gianluca Prestianni menegaskan sumbangan pengendali itu kepada skuad kebangsaan amat besar.

“Beliau memberikan segala-galanya kepada pasukan kebangsaan sejak kebelakangan ini dan membuatkan seluruh rakyat Argentina sangat gembira,” katanya.

Penjaga gol, Juan Musso pula menekankan hubungan erat yang terjalin dalam skuad di bawah kendalian Scaloni.

“Melihat kepada kejayaan yang diraih dan apa yang beliau bina bersama pasukan ini, kami sangat menghormatinya dan mempunyai kasih sayang yang mendalam terhadap beliau,” kata Musso.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ekonomi Malaysia Berkembang Positif Dalam Era Ketidaktentuan Geopolitik Global

Sejak mengambil alih tugas lapan tahun lalu, Scaloni membimbing Argentina melalui antara tempoh paling berjaya dalam sejarah bola sepak antarabangsa.

Beliau menjadi arkitek kejayaan Argentina menjuarai Piala Dunia 2022 selain meraih dua kejuaraan Copa América pada 2021 dan 2024.

Dalam 104 perlawanan di bawah kendaliannya, Scaloni mencatat 76 kemenangan, 18 seri dan hanya 10 kekalahan.

Beliau juga membawa Argentina mencipta rekod tanpa kalah terpanjang dalam sejarah negara itu, iaitu 36 perlawanan.

Scaloni masih belum membuat kenyataan kepada media sejak kembali ke Argentina, namun dijadualkan mengadakan sidang media menjelang aksi persahabatan pertama menentang Bolivia di Córdoba.

Argentina turut dijadualkan mengharungi tiga perlawanan persahabatan menentang Bolivia, Burkina Faso dan Benin antara 30 September hingga 6 Oktober ini.

Aksi terakhir di Stadium Monumental, Buenos Aires dijangka menjadi detik istimewa apabila Argentina akan mengadakan majlis perpisahan rasmi buat kapten Lionel Messi susulan pengumuman bintang itu untuk bersara daripada arena antarabangsa.

Pemain Argentina mahu Scaloni kekal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tabung RM50 Juta Bukan Sekadar Sumbangan, Tanda Solidariti Buat Najib

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker