De Bruyne belum mahu bersara daripada pentas antarabangsa
De Bruyne belum mahu bersara daripada pentas antarabangsa

Brussels: Pemain tengah Belgium, Kevin De Bruyne akan terus beraksi di peringkat antarabangsa selagi masih mempunyai motivasi, sambil menegaskan dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan skuad kebangsaan selepas Piala Dunia walaupun kini menjadi pemain terakhir daripada generasi emas negara itu.
De Bruyne, 35, sudah mengumpul 124 kap sejak melakukan penampilan sulung ketika masih remaja pada tahun 2010 di bawah kendalian Georges Leekens dan kini bersedia menambah jumlah itu bersama Belgium yang dibimbing Mark van Bommel.
Era baharu itu bermula menentang Itali di Rome pada Jumaat, diikuti pertemuan Liga Negara-Negara UEFA menentang Perancis sebanyak dua kali dan Turkiye dalam tempoh tiga minggu akan datang.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, De Bruyne menyaksikan rakan lamanya, Axel Witsel bersara manakala penjaga gol Thibaut Courtois tidak menyertai saingan Liga Negara-Negara, namun dia memberitahu wartawan semalam bahawa dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan skuad kebangsaan.
“Tidak, itu tidak pernah menjadi persoalan bagi saya. Pengendali ada bertanya apa yang saya mahu lakukan. Perasaan saya selepas Piala Dunia ialah saya masih menikmatinya. Ramai pemain juga meminta saya untuk terus kekal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bandar Pintar Johor Mesti Beri Impak Nyata Kepada Rakyat
- Naik Taraf ATIGA Perlu Beri Manfaat Nyata Kepada Perniagaan – Johari
“Saya juga berasa sihat dari segi fizikal dan masih mahu bermain. Itu motivasi paling penting. Selagi saya masih mempunyai motivasi itu, mengapa saya perlu berhenti?” kata De Bruyne.
De Bruyne tidak merasakan dia memerlukan perancangan seperti Courtois untuk tidak menyertai saingan Liga Negara-Negara buat sementara waktu.
“Akan tiba masanya saya berkata saya tidak perlu melakukannya lagi, tetapi perkara itu tidak ada dalam fikiran saya ketika ini.
“Saya fikir dua tahun ini mungkin menjadi dua tahun terakhir saya. Jangan sesekali berkata tidak akan berlaku. Buat masa ini saya berasa baik, jadi kita lihat nanti,” katanya.
De Bruyne berkata dia kagum dengan pengendali baharu, Van Bommel.
“Dia orang Belanda yang tipikal, sangat berterus terang dalam urusan. Saya suka perkara itu, seseorang yang bercakap secara terus terang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hari Kebangsaan Arab Saudi: Semoga Hubungan Terus Kukuh, Berkembang
- Lawatan Kerja Ke Itali: Perkukuh Industri Tenusu Pahang Secara Tersusun
- RISDA Santuni Rakyat Tenggara, 100 Pelajar Terima Manfaat Pendidikan
Ekonomi Malaysia Berkembang Positif Dalam Era Ketidaktentuan Geopolitik Global
“Kami kini perlu cuba membuat permulaan yang baik dan selepas empat perlawanan kami akan tahu apa yang boleh dicapai.
“Saya fikir tahap permainan saya cukup baik. Saya agak berpuas hati dengan cara saya bermain. Saya terkejut dengan tahap kecergasan ketika kembali pada Ogos dan betapa tajamnya saya rasa.
“Saya juga sudah bermain tiga perlawanan berturut-turut selama 90 minit. Jika saya boleh meneruskannya, itu bagus buat saya. Ia sangat positif.
“Jika dibandingkan tahap saya dengan 10 tahun lalu? Ada perbezaan, tetapi itu juga perkara normal,” tambahnya.
De Bruyne belum mahu bersara daripada pentas antarabangsa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Onn Hafiz Turun Padang, Santuni Warga Simpang Renggam
- Mesyuarat Terakhir, Ab Rauf Hargai Komitmen Barisan EXCO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tabung RM50 Juta Bukan Sekadar Sumbangan, Tanda Solidariti Buat Najib
You must be logged in to post a comment.