La Liga kecam tuduhan Real Madrid
La Liga kecam tuduhan Real Madrid

Madrid: Presiden La Liga, Javier Tebas semalam mengecam apa yang disifatkannya sebagai dakwaan “konspirasi” pengadilan oleh Real Madrid selepas kekalahan kelab itu dalam derbi menentang Atletico Madrid.
Pengendali Real Madrid, Jose Mourinho membawa dua tangkap layar yang menunjukkan kekasaran yang dianggapnya layak menerima kad merah oleh pemain Atletico ke sidang media selepas kekalahan 2-1 pada Ahad.
Tebas membalas satu artikel pro-Real Madrid di media sosial dengan kenyataan panjang lebar berhubung dakwaan “konspirasi” terhadap juara Eropah 15 kali itu.
“Mereka melakukannya lagi, jurucakap dan televisyen rejim membina naratif lama yang sama – konspirasi berterusan.
“Artikel ini melangkah lebih jauh – ia mendakwa pengadil menjejaskan ‘perniagaan yang menyara mereka’.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bandar Pintar Johor Mesti Beri Impak Nyata Kepada Rakyat
- Naik Taraf ATIGA Perlu Beri Manfaat Nyata Kepada Perniagaan – Johari
“Apa sebenarnya yang diminta? Pengadilan berdasarkan hasil pendapatan, jumlah penonton atau lencana? Begitulah cara memahami kesamarataan dalam pertandingan.
“Real Madrid amat penting kepada La Liga. Tetapi mendakwa bahawa ‘La Liga tidak bernilai apa-apa’ tanpa mereka menunjukkan sikap tidak menghormati kelab lain, penyokong mereka dan sejarah mereka. Pertandingan ini bukan milik sesiapa,” kata Tebas yang sering berselisih dengan Real Madrid dan presidennya, Florentino Perez.
Real Madrid memulakan musim dengan tidak konsisten dan kini sudah ketinggalan enam mata di belakang juara serta pendahulu awal La Liga, Barcelona.
“Mendakwa pengadil diarahkan untuk menentang Real Madrid adalah seperti hidup di galaksi lain,” tambah Tebas.
“Naratif itu menjadi alasan untuk menutup kelemahan lain yang jelas kelihatan dalam perlawanan awal musim ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hari Kebangsaan Arab Saudi: Semoga Hubungan Terus Kukuh, Berkembang
- Lawatan Kerja Ke Itali: Perkukuh Industri Tenusu Pahang Secara Tersusun
- RISDA Santuni Rakyat Tenggara, 100 Pelajar Terima Manfaat Pendidikan
Ekonomi Malaysia Berkembang Positif Dalam Era Ketidaktentuan Geopolitik Global
“Lebih mudah untuk menuding kepada konspirasi daripada menjelaskan apa yang berlaku di atas padang.”
Real Madrid kemudian membalas kenyataan Tebas dengan menyifatkannya sebagai “tidak boleh diterima”.
“Kelab kami menganggap tidak boleh diterima apabila presiden La Liga menggunakan kedudukan institusinya untuk terus memburukkan dan menyerang Real Madrid seperti yang dilakukannya dalam setiap kenyataan awam.
“Berikutan tingkah laku tidak wajar ini yang berterusan sejak sekian lama, kami percaya bola sepak profesional di Sepanyol amat memerlukan seorang pemimpin yang mampu menguruskannya dan mengembangkan potensi sepenuhnya dengan tugas asas untuk bersikap neutral,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.
Mourinho kembali untuk penggal kedua sebagai pengendali di Santiago Bernabeu pada pramusim dengan tugas menamatkan kemarau dua tahun Real Madrid tanpa trofi utama.
Semalam, jawatankuasa teknikal pengadil mengakui berlaku “kesilapan jelas dan nyata” berkaitan salah satu kekasaran yang dibangkitkan Mourinho, sambil menambah bahawa VAR sepatutnya campur tangan.
La Liga kecam tuduhan Real Madrid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Onn Hafiz Turun Padang, Santuni Warga Simpang Renggam
- Mesyuarat Terakhir, Ab Rauf Hargai Komitmen Barisan EXCO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tabung RM50 Juta Bukan Sekadar Sumbangan, Tanda Solidariti Buat Najib
You must be logged in to post a comment.