Ekonomi Malaysia Berkembang Positif Dalam Era Ketidaktentuan Geopolitik Global

Ekonomi Malaysia Berkembang Positif Dalam Era Ketidaktentuan Geopolitik Global

Ekonomi Malaysia Berkembang Positif Dalam Era Ketidaktentuan Geopolitik Global

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Ekonomi Malaysia terus menunjukkan perkembangan positif meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Mohd Shahar yang juga Ahli Parlimen Paya Besar memaklumkan beliau telah bersama warga Kementerian Ekonomi dalam perhimpunan bulanan dan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera pagi tadi.

 

“Saya mulakan hari saya bersama warga Kementerian Ekonomi dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi bagi bulan September 2026, yang turut disusuli dengan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2026 di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

“Turut hadir bersama Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, pimpinan tertinggi dan warga Kementerian Ekonomi. Seronok dapat berkumpul, bertemu muka dan memulakan hari bersama keluarga besar Kementerian Ekonomi,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Tambahnya, perhimpunan tersebut merupakan masa untuk berkumpul, berkongsi perkembangan semasa dan mengeratkan ukhuwah sesama warga Kementerian Ekonomi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Guna Isu Bubar Parlimen Untuk Lagakan Pemimpin UMNO – Mohd Safwan

 

Ekonomi Malaysia Berkembang Positif Dalam Era Ketidaktentuan Geopolitik Global

“Alhamdulillah, ekonomi Malaysia terus menunjukkan perkembangan yang positif meskipun kita berdepan dengan ketidaktentuan geopolitik global. Banyak yang telah kita capai dan banyak lagi yang sedang kita usahakan bersama.

“Insya-Allah, perhimpunan seperti ini bukan sekadar rutin bulanan. Inilah masa untuk kita berkumpul, berkongsi perkembangan semasa, bertukar cerita dan paling penting, mengeratkan ukhuwah sesama warga Kementerian Ekonomi,” katanya lagi. – UMNO Online

Ekonomi Malaysia Berkembang Positif Dalam Era Ketidaktentuan Geopolitik Global

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Yang Percaya, Silakan Menyumbang’

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker