Tanjong Malim Hi-Tech Park Pacu Pembangunan Industri Perak
Tanjong Malim Hi-Tech Park Pacu Pembangunan Industri Perak

TANJONG MALIM, 21 Sept – Negeri Perak membuka lembaran baharu dalam pembangunan industri menerusi projek Tanjong Malim Hi-Tech Park seluas 447 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.4 bilion.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau hari ini menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Tanjong Malim Hi-Tech Park yang dilihat mampu melengkapkan koridor Automotive High-Tech Valley (AHTV) di Tanjong Malim.
“Pembangunan pusat industri yang berhampiran dengan Proton City ini dilihat mampu melengkapkan lagi koridor Automotive High-Tech Valley (AHTV) di Tanjong Malim,” katanya.
Menurut beliau, fasa pertama pembangunan berkenaan sudah mencatat sekitar 50 peratus pengambilan, termasuk kehadiran Ningbo Fresh Technology dan Sheentech Automotive Systems sebagai pelabur.
Katanya, perkembangan itu diharapkan dapat merancakkan pertumbuhan industri serta ekosistem di sekitar Tanjong Malim.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- EXCO Sedia Ada Kekal Sah, Jalankan Tugas Seperti Biasa – Ismail Lasim
- Paras Empangan Machap Susut, Bekalan Air Johor Masih Terkawal
- Semangat Terus Diperkukuh Dengan Gerak Kerja Lebih Tersusun – Noraini
Dap Perlu Buktikan Prinsip, Bukan Sekadar Retorik Politik – Razlan
“Bila industri berkembang, ekosistem di sekelilingnya turut berkembang. Termasuk vendor dan perkhidmatan sokongan hinggalah peluang pekerjaan dan perniagaan kepada masyarakat setempat,” katanya.
Saarani berkata, kerajaan negeri akan terus memperkukuh pembangunan Tanjong Malim sebagai salah satu nod pertumbuhan penting negeri, khususnya dalam sektor automotif, teknologi dan industri bernilai tinggi.
“Mudah-mudahan setiap pembangunan yang hadir akhirnya membawa manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat Perak sendiri,” katanya lagi menerusi hantaran di laman Facebooknya. – UMNO Online
Tanjong Malim Hi-Tech Park Pacu Pembangunan Industri Perak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perkara 42 Jelas, Kuasa Pengampunan Sebahagian Sistem Negara – Haslinda Salleh
- MARA Terus Perkasa Agenda ‘Memprofesionalkan Huffaz’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Guna Isu Bubar Parlimen Untuk Lagakan Pemimpin UMNO – Mohd Safwan
You must be logged in to post a comment.