Semangat Terus Diperkukuh Dengan Gerak Kerja Lebih Tersusun – Noraini
Semangat Terus Diperkukuh Dengan Gerak Kerja Lebih Tersusun – Noraini

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berharap agar semangat para jentera Wanita UMNO terus diperkukuh dengan gerak kerja yang lebih tersusun.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Noraini memaklumkan beliau telah berkesempatan untuk bertemu jentera-jentera wanita di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parit Jayos pada Ahad.
“Pada Ahad saya berkesempatan meluangkan masa bertemu dan beramah mesra dengan petugas-petugas wanita di PDM Parit Jayos.
“Pertemuan sebegini sentiasa saya anggap penting kerana di sinilah kita dapat mendengar sendiri suara, pengalaman dan pandangan daripada mereka yang turun padang serta bekerja dekat dengan masyarakat,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi memaklumkan sesi post-mortem gerak kerja Pilihan Raya Negeri (PRN) turut diadakan ketika perjumpaan tersebut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hafiz Ariffin Wakili Malaysia Ke Yakutia
- Hentikan Politik Kebencian, Jangan Hina Institusi Pengampunan Diraja – Haryaty

“Kami turut mengadakan sesi post-mortem berkaitan gerak kerja yang dilakukan sepanjang PRN Johor yang lalu; meneliti apa yang telah dilaksanakan; mengenal pasti ruang yang boleh diperkemaskan serta berkongsi pandangan tentang langkah-langkah yang perlu diberi perhatian selepas ini.
“Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh petugas wanita PDM Parit Jayos atas masa, tenaga dan khidmat bakti yang dicurahkan.
“Semoga semangat ini terus diperkukuh dan menjadi kekuatan untuk kita melangkah lebih jauh, dengan gerak kerja yang lebih tersusun, dekat dengan rakyat serta sentiasa bersedia menghadapi cabaran mendatang. Insya-Allah,” katanya lagi. – UMNO Online
Semangat Terus Diperkukuh Dengan Gerak Kerja Lebih Tersusun – Noraini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jelajah Mega Penerangan Suntik Semangat PRN – Suraya
- Jangan Laungkan ‘Daulat Tuanku’ Hanya Ketika Keputusan Menyebelahi Parti Sendiri – Syed Mohd Johan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Kepong Zahir Kesyukuran, Junjung Kasih Atas YDPA – TPr Abdul Razak
You must be logged in to post a comment.