Penjual minyak wangi kena jel 9 bulan gagal bayar denda

Penjual minyak wangi kena jel 9 bulan gagal bayar denda

Penjual minyak wangi kena jel 9 bulan gagal bayar denda

MACHANG: Seorang penjual minyak wangi dipenjara sembilan bulan kerana gagal membayar denda selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mengugut membakar rumah ketika bergaduh dengan isterinya, minggu lalu.

Muhammad Shahril Mat Sali, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya yang berusia 35 tahun dengan menyatakan jika wanita itu mengulangi perbuatan keluar rumah tanpa izinnya, tertuduh akan membuang barang-barang dan membakar rumah dengan niat hendak menyebabkan ketakutan yang mendatangkan kegentaran terhadap mangsa.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Bandar, Pulai Chondong di sini jam 2 pagi pada 11 September 2026.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jelajah Penerangan Perkukuh Kesiapsiagaan Jentera Melaka


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Hazim Aqiffullah Mohd Amran manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Norfaraliyana Othman.

Terdahulu, Ahmad Hazim mencadangkan hukuman setimpal dengan mengambil pertimbangan bahawa tertuduh dan mangsa mempunyai hubungan suami isteri.

Norfaraliyana dalam rayuannya memohon denda yang minimum dengan alasan tertuduh sudah insaf dengan kesalahan itu dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan penjara sembilan bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh tidak membayar denda yang ditetapkan mahkamah.

Penjual minyak wangi kena jel 9 bulan gagal bayar denda


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Kepong Zahir Kesyukuran, Junjung Kasih Atas YDPA – TPr Abdul Razak

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker