Polis siasat pekerja stesen KTM gaduh dengan penumpang
Polis siasat pekerja stesen KTM gaduh dengan penumpang

NILAI: Polis menyiasat pergaduhan dipercayai membabitkan kakitangan di Stesen KTM Komuter Labu, di sini, dengan seorang penumpang.
Berdasarkan video tular, kejadian berkenaan dipercayai berlaku susulan kelewatan ketibaan tren sehingga lebih empat jam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya, berkata jam 3.45 petang semalam, pihaknya mengesan video tular menerusi TikTok.
“Video satu minit 36 saat itu memaparkan pergaduhan dua lelaki di Stesen Komuter Labu.
“Susulan itu, satu laporan dibuat Ketua Polis Balai Labu pada jam 4.26 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Orang ramai yang ada maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Nilai di talian 06-790 4222, atau mana-mana balai polis berhampiran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hafiz Ariffin Wakili Malaysia Ke Yakutia
- Hentikan Politik Kebencian, Jangan Hina Institusi Pengampunan Diraja – Haryaty
Menurut video itu, seorang warga emas bertanyakan mengenai kelewatan tren kepada kakitangan bertugas, tetapi dijawab dengan nada kurang menyenangkan.
Susulan itu, seorang penumpang lelaki menegur kakitangan berkenaan, menyebabkan berlaku pergaduhan.
Kelmarin, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan menyebut telah menggantung tugas serta-merta seorang kakitangan syarikat kontraktor yang terbabit dalam insiden pergaduhan itu Selasa lalu.
KTMB memaklumkan, individu terbabit bukan kakitangannya, sebaliknya kakitangan syarikat kontraktor yang dilantik untuk menjalankan perkhidmatan di stesen berkenaan.
Polis siasat pekerja stesen KTM gaduh dengan penumpang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jelajah Mega Penerangan Suntik Semangat PRN – Suraya
- Jangan Laungkan ‘Daulat Tuanku’ Hanya Ketika Keputusan Menyebelahi Parti Sendiri – Syed Mohd Johan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Kepong Zahir Kesyukuran, Junjung Kasih Atas YDPA – TPr Abdul Razak
You must be logged in to post a comment.