PGA serbu kilang kayu, rampasan jentera, mesin dan kayu cecah RM1.425 juta
PGA serbu kilang kayu, rampasan jentera, mesin dan kayu cecah RM1.425 juta

KOTA BHARU: Jabatan Perhutanan Kelantan merampas jentera berat, mesin pemprosesan serta 290 batang kayu hutan pelbagai saiz dan spesies, dengan anggaran nilai keseluruhan RM1.425 juta dalam serbuan di sebuah kilang kayu di Kampung Bukit Kecil, Tanah Merah hari ini.
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata serbuan jam 2 petang itu dijalankan pasukan Risik Batalion 8 PGA, Pengkalan Chepa dengan bantuan Jabatan Perhutanan Jajahan Tanah Merah menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan.
Beliau berkata dalam operasi itu, empat lelaki berusia 26 hingga 45 tahun, termasuk seorang kerani kilang, ditahan untuk membantu siasatan.
“Antara rampasan ialah sebuah jentera berat jenis Caterpillar bernilai kira-kira RM800,000, dua mesin Cross Cut (RM70,000), dua mesin Band Saw (RM500,000), 13 mata gergaji (RM26,000) dan 290 batang kayu hutan bernilai kira-kira RM29,000.
“Serbuan dilakukan susulan maklumat mengenai aktiviti pemprosesan kayu di premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hafiz Ariffin Wakili Malaysia Ke Yakutia
- Hentikan Politik Kebencian, Jangan Hina Institusi Pengampunan Diraja – Haryaty
Beliau berkata ketika serbuan, seorang lelaki dilihat mengendalikan jentera berat membawa muatan kayu ke kawasan mesin Band Saw, manakala tiga lagi lelaki sedang memotong kayu menggunakan mesin berkenaan.
“Pemeriksaan mendapati kerani kilang berkenaan mempunyai salinan Perakuan Industri Berasas Kayu yang sah hingga 31 Disember depan, namun gagal mengemukakan permit pemindahan kayu daripada Jabatan Perhutanan.
“Susulan itu, pihak Jabatan Perhutanan Jajahan Tanah Merah dipanggil ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan lanjut,” katanya.
Ahmad Radzi berkata pemeriksaan Jabatan Perhutanan mendapati kayu yang terdapat di kawasan kilang dipercayai tidak bercukai, manakala mesin dan jentera di premis itu turut disyaki digunakan untuk memproses kayu berkenaan.
Beliau berkata semua suspek serta barang kes kemudian diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Jajahan Tanah Merah untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 84 Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).
PGA serbu kilang kayu, rampasan jentera, mesin dan kayu cecah RM1.425 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jelajah Mega Penerangan Suntik Semangat PRN – Suraya
- Jangan Laungkan ‘Daulat Tuanku’ Hanya Ketika Keputusan Menyebelahi Parti Sendiri – Syed Mohd Johan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Kepong Zahir Kesyukuran, Junjung Kasih Atas YDPA – TPr Abdul Razak
You must be logged in to post a comment.