Jangan Guna Isu Bubar Parlimen Untuk Lagakan Pemimpin UMNO – Mohd Safwan
Jangan Guna Isu Bubar Parlimen Untuk Lagakan Pemimpin UMNO – Mohd Safwan

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Mohd Safwan Jaafar membidas kenyataan Pengarah Komunikasi PKR Kedah, Tunku Nashrul Abaidah yang dilihat menggunakan isu gesaan untuk membubarkan parlimen bagi melaga-lagakan pemimpin UMNO.
Ujarnya, gesaan tersebut adalah selari dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pernah mencabar agar Parlimen dibubarkan untuk memberi jalan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU).
“Pemuda UMNO Negeri Kedah membidas kenyataan Pengarah Komunikasi PKR Kedah, Tunku Nashrul Abaidah yang mendakwa gesaan membubarkan Parlimen bercanggah dengan pendirian Presiden UMNO.
“Desakan bubar Parlimen itu adalah selari dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pernah mencabar pihak tertentu semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini agar membubarkan Parlimen bagi memberi jalan kepada PRU 16 atau mengeluarkan BN dari Kerajaan Madani.
“Semasa PAU, mood hadirin juga mahukan PRU ke-16 disegerakan. Mungkin jurucakap PH Kedah itu belum cukup memahami kemahuan orang UMNO sekarang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jelajah Mega Penerangan Suntik Semangat PRN – Suraya
- Jangan Laungkan ‘Daulat Tuanku’ Hanya Ketika Keputusan Menyebelahi Parti Sendiri – Syed Mohd Johan
“Harus juga dilihat dibuat berdasarkan keadaan politik semasa selepas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Ia bukan bermaksud UMNO mahu keluar daripada Kerajaan Perpaduan atau menolak pendirian Presiden,” katanya menerusi satu kenyataan.
Tambahnya, prinsip tanggungjawab bersama dalam kabinet perlu dihormati semua parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan dan tidak boleh hanya dikenakan terhadap UMNO.
”UMNO kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal. Namun, itu tidak bermakna UMNO perlu berdiam diri dan tidak boleh menegur apabila kerajaan dilihat semakin bercelaru.
“Kalau UMNO diminta menghormati tanggungjawab bersama dalam kabinet, perkara yang sama juga mesti dikenakan kepada Dap. Jangan apabila UMNO bersuara dikatakan mengganggu kestabilan, tetapi apabila pemimpin Dap mahu meletakkan jawatan, dianggap sebagai tindakan bertanggungjawab.
“Jangan gunakan isu ini untuk melaga-lagakan pemimpin UMNO atau menggambarkan kononnya parti ini berpecah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hafiz Ariffin Wakili Malaysia Ke Yakutia
- Hentikan Politik Kebencian, Jangan Hina Institusi Pengampunan Diraja – Haryaty
“Jika Kerajaan Madani benar-benar kukuh dan masih dipercayai rakyat, hentikan drama politik dan tumpukan usaha menyelesaikan masalah kos sara hidup,” katanya lagi.

Pada Isnin media melaporkan PKR Kedah berpandangan tiada keperluan mendesak untuk membubarkan Parlimen seperti yang digesa Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri.
Pengarah Komunikasi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kedah, Tunku Nashrul Abaidah berkata, gesaan yang dibuat itu jelas tidak mempunyai keperluan mendesak selain memenuhi nafsu politik UMNO.
Beliau berkata, gesaan berkenaan bercanggah dengan pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baru sahaja menegaskan, parti itu akan kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal. – UMNO Online
Jangan Guna Isu Bubar Parlimen Untuk Lagakan Pemimpin UMNO – Mohd Safwan
You must be logged in to post a comment.