Lawatan Kerja Ke Itali: Perkukuh Industri Tenusu Pahang Secara Tersusun
Lawatan Kerja Ke Itali: Perkukuh Industri Tenusu Pahang Secara Tersusun

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah berkesempatan mengadakan kunjungan ke ladang ternakan tenusu ketika lawatan kerja di Salerno, Itali.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Wan Rosdy memaklumkan perbincangan mengenai peluang untuk meneroka kerjasama dan urusan perolehan 100 ekor kerbau tenusu telah diadakan dengan pihak syarikat.
“Saya bersama delegasi dari Pahang memulakan lawatan kerja bagi sektor penternakan dengan mengadakan kunjungan ke ladang ternakan kerbau tenusu dan kilang pemprosesan produk tenusu Azienda Agricola Tempio Di Barlotti Gianluigi di Salerno, Itali.
“Lawatan ini memberi peluang kepada kami melihat sendiri amalan penternakan kerbau tenusu, teknologi pemprosesan serta rantaian industri tenusu yang dilaksanakan di sana.
“Dalam kunjungan ini juga, kami mengadakan perbincangan dengan pihak syarikat bagi meneroka kerjasama serta urusan perolehan 100 ekor kerbau tenusu untuk menyokong program pemerkasaan Lembah Tenusu Pahang Barat,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perkara 42 Jelas, Kuasa Pengampunan Sebahagian Sistem Negara – Haslinda Salleh
- MARA Terus Perkasa Agenda ‘Memprofesionalkan Huffaz’
Jangan Guna Isu Bubar Parlimen Untuk Lagakan Pemimpin UMNO – Mohd Safwan

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, usaha tersebut adalah langkah untuk memperkukuh industri tenusu Pahang secara lebih tersusun, moden dan berdaya saing.
“Usaha ini merupakan sebahagian daripada langkah Kerajaan Negeri untuk memperkukuh industri tenusu di Pahang secara lebih tersusun, moden dan berdaya saing di samping membuka ruang kepada peningkatan pengeluaran produk tenusu tempatan.
“Insya-Allah, kita mahu melihat sektor penternakan Pahang terus berkembang sebagai salah satu pemacu ekonomi negeri, selaras dengan Aspirasi Pahang 1st,” katanya lagi. – UMNO Online
Lawatan Kerja Ke Itali: Perkukuh Industri Tenusu Pahang Secara Tersusun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tanjong Malim Hi-Tech Park Pacu Pembangunan Industri Perak
- UMNO Lahad Datu Perkemas Gerak Kerja, Sokong Tabung Solidariti Najib
- Tindakan Dap Terhadap Isu Najib ‘Pengkhianatan Sempurna’- Shaiful Hazizy
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.