Indonesia musnahkan impian Malaysia

Indonesia musnahkan impian Malaysia

Indonesia musnahkan impian Malaysia
AKSI beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Goh Sze Fei beraksi menentang pasangan Indonesia dalam acara berpasukan lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Ichinomiya City Municipal Gymnasium hari ini. FOTO BERNAMA

Aichi: Kemenangan sensasi perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao ke atas pemain nombor satu dunia, Jonatan Christie belum cukup untuk membantu Malaysia menamatkan penantian 12 tahun pingat acara berpasukan lelaki Sukan Asia apabila tewas 2-3 kepada Indonesia dalam aksi suku akhir edisi Aichi-Nagoya 2026, sebentar tadi.

Kekalahan di Ichinomiya City Municipal Gymnasium itu menyaksikan skuad badminton negara gagal melangkah ke separuh akhir sekali gus terlepas peluang meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa.

Jun Hao mencipta kejutan apabila bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menghadiahkan mata pertama buat Malaysia selepas menewaskan Jonatan 20-22, 21-12, 21-17.

Pemain nombor 33 dunia itu berkata, permulaan yang agak perlahan menyebabkan dia bergelut mencari rentak sebelum berjaya mengawal semula permainan.

“Pada awal permainan, saya rasa rentak saya kurang menjadi dan apabila ketinggalan jauh, saya cuba mengejar semula sehingga berjaya mendapatkan mata permainan pada set pertama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bantuan Makanan Ringankan Beban Mangsa Banjir Kuala Bil


“Walaupun kalah set pertama, saya rasa perkara itu membantu saya mengatasi tekanan dan tahu apa yang perlu dilakukan pada set kedua. Selepas mendapat rentak sendiri, permainan saya menjadi lebih lancar,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Bagaimanapun, Indonesia menyamakan kedudukan 1-1 selepas Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tewas kepada Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri 15-21, 21-19, 10-21.

Perseorangan kedua negara, Justin Hoh kemudian gagal menambah mata selepas tunduk kepada Alwi Farhan 19-21, 19-21, sekali gus meletakkan Indonesia di depan 2-1.

Harapan Malaysia kembali menyala apabila Aaron Chia-Tee Kai Wun mempamerkan kebangkitan sebelum menewaskan Leo Rolly Carnado-Daniel Marthin 17-21, 21-16, 21-13 untuk mengheret perlawanan ke aksi penentuan.

Namun, perseorangan ketiga negara, Eogene Ewe yang diharapkan untuk muncul wira gagal menyumbang mata terakhir selepas tewas kepada Moh Zaki Ubaidillah 11-21, 11-21, sekali gus menamatkan cabaran Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ekonomi Malaysia Berkembang Positif Dalam Era Ketidaktentuan Geopolitik Global

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia terus kempunan menamatkan kemarau pingat acara berpasukan lelaki selepas kali terakhir menaiki podium pada Sukan Asia Incheon 2014 menerusi gangsa.

Sebagai rekod, Malaysia belum pernah meraih emas acara berpasukan dengan pencapaian terbaik negara adalah dua pingat perak pada edisi Bangkok 1966 dan Beijing 1990.

Indonesia musnahkan impian Malaysia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tabung RM50 Juta Bukan Sekadar Sumbangan, Tanda Solidariti Buat Najib

 

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker