Rexy tabik semangat juang skuad wanita

Rexy tabik semangat juang skuad wanita

Rexy tabik semangat juang skuad wanita
PEARLY (kanan) dan Thinaah pamer aksi cemerlang. FOTO REUTERS

Aichi: Pengarah kejurulatihan beregu kebangsaan, Rexy Mainaky memuji semangat juang tinggi dipamerkan barisan pemain wanita negara biarpun terpaksa akur dengan kekalahan 1-3 kepada Korea Selatan pada aksi suku akhir berpasukan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.

Menurut Rexy, semua pemain memberikan aksi terbaik dalam usaha mencabar juara bertahan itu, termasuk beberapa perlawanan yang berlangsung sengit sehingga ke mata akhir.

“Semua bermain bagus dan baik hari ini, sama ada perseorangan mahupun beregu,” katanya.

Malaysia gagal melangkah ke separuh akhir sekali gus terlepas peluang menamatkan penantian 64 tahun untuk memenangi pingat acara berpasukan wanita di Sukan Asia.

Kali terakhir Malaysia meraih pingat acara berkenaan adalah pada edisi Jakarta 1962 apabila membawa pulang perak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bantuan Makanan Ringankan Beban Mangsa Banjir Kuala Bil


Malaysia ketinggalan 0-1 selepas K Letshanaa tewas kepada pemain nombor satu dunia, An Se Young 12-21, 8-21 sebelum Pearly Tan-M Thinaah menyamakan kedudukan menerusi kemenangan ke atas juara dunia, Baek Ha Na-Lee So Hee.

Pearly-Thinaah mencatat kemenangan 22-20, 21-17 ke atas beregu nombor dua dunia itu untuk menghidupkan harapan negara.

Namun, Wong Ling Ching gagal menambah mata selepas tunduk kepada Kim Ga Eun 12-21, 18-21, walaupun cuba bangkit pada set kedua dengan aksi lebih agresif.

Harapan terakhir Malaysia disandarkan kepada Cheng Su Yin-Low Zi Yu yang mempamerkan semangat juang tinggi ketika menentang gandingan nombor enam dunia, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong.

Su Yin-Zi Yu memenangi set pertama 21-18 sebelum gandingan Korea bangkit pada set kedua untuk menang 21-11.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ekonomi Malaysia Berkembang Positif Dalam Era Ketidaktentuan Geopolitik Global

Dalam set penentuan, pasangan negara memberikan tentangan sengit sebelum tewas tipis 22-24.

Rexy tabik semangat juang skuad wanita


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tabung RM50 Juta Bukan Sekadar Sumbangan, Tanda Solidariti Buat Najib

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker