Kemenangan ke atas juara dunia suntik semangat Pearly-Thinaah
Kemenangan ke atas juara dunia suntik semangat Pearly-Thinaah

Aichi: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah menganggap kemenangan ke atas juara dunia dari Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee dalam aksi berpasukan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini sebagai suntikan keyakinan yang amat diperlukan selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu sejak beberapa bulan lalu.
Pearly-Thinaah melakar kemenangan 22-20, 21-17 ke atas beregu nombor dua dunia itu untuk menyumbang mata buat Malaysia dalam aksi suku akhir berpasukan wanita menentang Korea.
Bagaimanapun, kemenangan itu tidak cukup untuk membawa Malaysia ke separuh akhir apabila skuad negara tewas 1-3 kepada Korea di Ichinomiya City Municipal Gymnasium.
Thinaah berkata, kejayaan menewaskan gandingan berpengalaman Korea itu menjadi satu langkah positif dalam usaha mereka mengembalikan semula keyakinan.
“Ia bukan perlawanan mudah. Kami membuat persiapan rapi dari segi mental dan fizikal kerana tahu prestasi mereka sangat baik ketika ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bandar Pintar Johor Mesti Beri Impak Nyata Kepada Rakyat
- Naik Taraf ATIGA Perlu Beri Manfaat Nyata Kepada Perniagaan – Johari
“Kami sedang cuba mendapatkan semula prestasi terbaik. Jadi, kemenangan ini satu langkah kecil yang sangat baik untuk kami dan membantu membina keyakinan, tetapi masih banyak perkara perlu diperbaiki,” katanya.
Pearly berkata, mereka hadir sebagai pasangan bukan pilihan selepas prestasi kurang memberangsangkan dalam beberapa kejohanan terakhir, namun mahu memberikan sumbangan terbaik buat skuad negara.
“Kami tahu kami adalah underdog. Prestasi kebelakangan ini tidak begitu baik, tetapi kami mahu berjuang untuk pasukan, memberikan motivasi dan keyakinan kepada rakan sepasukan,” katanya.
Pearly-Thinaah yang juga naib juara dunia 2025 bergelut dengan prestasi tidak menentu sejak beberapa bulan ini termasuk terkandas di pusingan 16 terbaik dalam dua kejohanan terakhir iaitu Kejohanan Dunia di New Delhi, India, bulan lalu dan Masters China, awal bulan ini.
Musim ini, gandingan nombor satu negara itu hanya meraih satu gelaran selepas muncul juara Masters Indonesia pada Januari lalu.
Kemenangan ke atas juara dunia suntik semangat Pearly-Thinaah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Onn Hafiz Turun Padang, Santuni Warga Simpang Renggam
- Mesyuarat Terakhir, Ab Rauf Hargai Komitmen Barisan EXCO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tabung RM50 Juta Bukan Sekadar Sumbangan, Tanda Solidariti Buat Najib
You must be logged in to post a comment.