Laluan laut Tak Bai kini antara laluan utama kemasukan pati ke Kelantan

Laluan laut Tak Bai kini antara laluan utama kemasukan pati ke Kelantan

Laluan laut Tak Bai kini antara laluan utama kemasukan pati ke Kelantan
Datuk Mohd Yusoff Mamat (tengah). -Foto/BERNAMA

KOTA BHARU: Laluan laut dari Tak Bai, Thailand kini dikenal pasti antara laluan utama kemasukan pendatang tanpa izin ke Kelantan berbanding sempadan Sungai Golok.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata berdasarkan tangkapan setakat ini, pendatang berkenaan dikesan memasuki negara melalui laluan laut dari Tak Bai sebelum menggunakan Sungai Kelantan.

“Polis kini meningkatkan pemantauan terhadap laluan laut berkenaan, selain bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengekang aktiviti kumpulan yang dipercayai terbabit dalam kemasukan pendatang,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd Yusoff berkata, pihaknya turut menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa Thailand untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kawalan keselamatan di sempadan darat bagaimanapun kekal diperkukuh dengan penglibatan Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi berkaitan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bantuan Makanan Ringankan Beban Mangsa Banjir Kuala Bil


Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Yusoff berkata sebanyak 96 jeti dirobohkan dalam usaha memperkukuh kawalan di kawasan sempadan manakala tindakan akan diambil terhadap sebarang pembinaan struktur baharu berpotensi menjejaskan kawalan.

“Kalau kami dapati ada yang buat struktur baharu, kami akan robohkan,” katanya.

Mohd Yusoff berkata pemantauan turut dilakukan di kawasan tertentu yang sebelum ini mempunyai akses melalui tebing sungai, termasuk lokasi yang tidak mempunyai binaan jeti tetapi menggunakan laluan sedia ada.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri terhadap pelarian Myanmar atau pendatang yang disyaki melakukan kesalahan, sebaliknya menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

“Tindakan sedemikian boleh mencetuskan pergaduhan atau kejadian tidak diingini, selain menyukarkan usaha penguatkuasaan. Kami masih mampu menangani apa juga jenayah dan isu sempadan ini. Jadi, laporkan kepada kami dan biar pihak berkuasa mengambil tindakan,” katanya.

Laluan laut Tak Bai kini antara laluan utama kemasukan pati ke Kelantan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tabung RM50 Juta Bukan Sekadar Sumbangan, Tanda Solidariti Buat Najib

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker