Kastam Thai gagalkan cubaan seludup wang tunai RM870,000

Kastam Thai gagalkan cubaan seludup wang tunai RM870,000

Kastam Thai gagalkan cubaan seludup wang tunai RM870,000
Wang disembunyikan dalam kenderaan memasuki Thailand melalui pusat pemeriksaan sempadan Sadao

KOTA BHARU: Kastam Thailand merampas wang tunai mata wang Malaysia bernilai RM870,000 disembunyikan di dalam sebuah kenderaan yang memasuki Thailand melalui pusat pemeriksaan sempadan Sadao, Ahad lalu.

Seorang jurucakap keselamatan Thailand berkata, seorang lelaki ditahan kerana memiliki wang itu.

Jurucakap itu menyatakan rampasan susulan maklumat diperoleh melalui risikan dan siasatan.

“Pegawai kastam dari Bahagian Kawalan Kastam, Pejabat Kastam Wilayah 4 dan Kastam Sadao memeriksa kenderaan berdaftar Thailand itu dan menemukan wang tunai disembunyikan di dalamnya.

“Wang tunai dianggarkan bernilai kira-kira 7.1 juta baht, dirampas di bawah Seksyen 166 Akta Kastam Thailand 2017.

“Pemilik atau pemegangnya mungkin berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 242 yang dibaca bersama Seksyen 252 akta yang sama,” kata jurucakap itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bantuan Makanan Ringankan Beban Mangsa Banjir Kuala Bil


Jurucakap itu memaklumkan kes diserahkan kepada pihak Kastam Sadao untuk tindakan undang-undang selanjutnya.

“Pihak berkuasa Thailand masih menjalankan siasatan lanjut, termasuk mengenai tujuan wang tunai itu dibawa masuk ke Thailand,” tambah jurucakap itu.

Kastam Thai gagalkan cubaan seludup wang tunai RM870,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tabung RM50 Juta Bukan Sekadar Sumbangan, Tanda Solidariti Buat Najib

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker