Dujuan hentam Jepun, lebih sejuta diminta pindah

Dujuan hentam Jepun, lebih sejuta diminta pindah

Dujuan hentam Jepun, lebih sejuta diminta pindah
SEORANG wanita memegang kuat payungnya ketika angin kencang dan hujan lebat dibawa Taufan Dujuan melanda Chiba semalam. – AFP

TOKYO – Lebih sejuta orang dinasihatkan berpindah awal hari ini dengan beratus-ratus penerbangan dibatalkan apabila Taufan Dujuan membawa hujan lebat, banjir dan tanah runtuh ke rantau di sekitar Tokyo.

Dua orang terkorban selepas hujan lebat menyebabkan tanah runtuh di wilayah Chiba dan Kanagawa dekat Tokyo, kata kerajaan tempatan yang dipetik media Jepun termasuk agensi berita Kyodo.

Dujuan membawa tiupan angin 144 kilometer semalam apabila ia bergerak ke kawasan kira-kira 130 kilometer ke selatan Bandar Katsuura, dekat Tokyo.

Menjelang hari ini, ribut itu bergerak ke arah timur laut menuju ke laut, dengan kelajuan angin sedikit berkurangan, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Syarikat penerbangan Japan Airlines membatalkan 135 penerbangan, manakala All Nippon Airways membatalkan 140 penerbangan ketika lebih 9,000 isi rumah berhampiran Tokyo terputus bekalan elektrik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bantuan Makanan Ringankan Beban Mangsa Banjir Kuala Bil


Lebih 1.6 juta penduduk di dalam dan sekitar Tokyo digesa berpindah semalam, namun bukan mandatori.

Amaran tanah runtuh dikeluarkan untuk Tokyo serta wilayah Chiba, Kanagawa dan Shizuoka. Pengendali kereta api di Tokyo dan wilayah berhampiran menggantung perkhidmatan bagi beberapa laluan.”

“Jumlah purata taburan hujan sehingga semalam boleh melebihi purata bulanan bagi bulan September,” kata JMA. – AFP

Dujuan hentam Jepun, lebih sejuta diminta pindah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tabung RM50 Juta Bukan Sekadar Sumbangan, Tanda Solidariti Buat Najib

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker