California isytihar darurat El Nino
California isytihar darurat El Nino

LOS ANGELES – Gabenor California, Gavin Newsom mengisytiharkan darurat kelmarin ketika Pantai Barat Amerika Syarikat bersiap sedia untuk menghadapi fenomena cuaca El Nino yang dijangka membawa kerosakan.
Pakar-pakar ramalan cuaca berkata, ribut kencang diramal di Pantai Barat pada bulan-bulan akan datang disebabkan oleh corak cuaca tersebut, dengan ancaman air pasang lebih tinggi daripada biasa yang boleh mencetuskan banjir di kawasan pantai.
Newsom berkata, negeri California perlu bertindak lebih awal sebelum masalah berlaku dan bukannya menunggu ia berlaku.
“Pengisytiharan ini untuk memberikan sokongan yang diperlukan oleh komuniti, memberi responden pertama alat untuk menjalankan tugas mereka, dan memberikan keyakinan kepada keluarga bahawa negeri mereka bersedia.
“Kami membuat persiapan menghadapi El Nino ini lebih awal kerana setiap penduduk California berhak untuk selamat di rumah mereka, terhubung dengan komuniti dan dilindungi apabila cuaca buruk melanda,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bandar Pintar Johor Mesti Beri Impak Nyata Kepada Rakyat
- Naik Taraf ATIGA Perlu Beri Manfaat Nyata Kepada Perniagaan – Johari
Pengisytiharan itu juga menyediakan Pengawal Kebangsaan California untuk menyokong misi tindak balas banjir, operasi mencari dan menyelamat, kejuruteraan, serta logistik apabila diperlukan, kata beberapa pegawai.
El Nino tahun ini mempunyai 75 peratus peluang untuk menjadi yang terkuat dalam rekod, demikian menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan. – AFP
California isytihar darurat El Nino
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Onn Hafiz Turun Padang, Santuni Warga Simpang Renggam
- Mesyuarat Terakhir, Ab Rauf Hargai Komitmen Barisan EXCO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tabung RM50 Juta Bukan Sekadar Sumbangan, Tanda Solidariti Buat Najib
You must be logged in to post a comment.