‘Kantoi’ ubah suai tangki seludup petrol, wanita tempatan dan lelaki Thai ditahan KPDN

‘Kantoi’ ubah suai tangki seludup petrol, wanita tempatan dan lelaki Thai ditahan KPDN

'Kantoi' ubah suai tangki seludup petrol, wanita tempatan dan lelaki Thai ditahan KPDN
Pegawai KPDN Perlis memeriksa ruang belakang Proton Waja menempatkan tangki diubah suai untuk menyeludup petrol. – Foto KPDN PERLIS

PADANG BESAR: Taktik dua individu menyeludup bahan api bersubsidi dengan menggunakan tangki kenderaan diubah suai terbongkar selepas serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis semalam.

Pengarahnya, Rohaida Hassan, berkata dalam serbuan jam 8 malam itu, pihaknya menahan wanita tempatan lingkungan 40-an dan lelaki Thailand berusia 30-an.

Katanya, operasi melibatkan lapan anggota penguat kuasa KPDN Perlis di sebuah kediaman tanpa nombor di Kampung Titi Tinggi Ulu, di sini, hasil risikan seminggu.

“Semasa serbuan, anggota mengesan aktiviti pemindahan minyak disyaki petrol dari sebuah Proton Waja bernombor pendaftaran tempatan ke dalam tangki Toyota Hilux bernombor pendaftaran Thailand.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua kenderaan berkenaan memiliki tangki diubah suai, iaitu di bahagian belakang bagi Proton Waja dan di bahagian bawah bagi Toyota Hilux,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bantuan Makanan Ringankan Beban Mangsa Banjir Kuala Bil


Rohaida berkata, KPDN menyita 300 liter minyak petrol bernilai RM597 dengan nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM98,097.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam sindiket penyelewengan barang kawalan.

Ia termasuk mendakwa mereka di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

‘Kantoi’ ubah suai tangki seludup petrol, wanita tempatan dan lelaki Thai ditahan KPDN


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tabung RM50 Juta Bukan Sekadar Sumbangan, Tanda Solidariti Buat Najib

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker