4 jam tunggang motosikal untuk jumpa kekasih di hotel Bukit Gambir

4 jam tunggang motosikal untuk jumpa kekasih di hotel Bukit Gambir

4 jam tunggang motosikal untuk jumpa kekasih di hotel Bukit Gambir

TANGKAK: Seorang penuntut lelaki sebuah kolej di Selangor sanggup meredah perjalanan selama empat jam dengan menunggang motosikal semata-mata mahu bertemu kekasihnya sebelum dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Bukit Gambir, di sini, semalam.

Penuntut berusia belasan tahun itu ditahan pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana berdua-duaan dengan wanita itu yang juga penuntut sebuah kolej di Pagoh, Muar pada jam 11.45 malam.

JAINJ berkata, penguat kuasa menjalankan operasi sebelum mengetuk pintu bilik hotel dan dibuka seorang lelaki.

Pegawai JAINJ dapati keadaan bilik agak gelap dan bertanya lelaki itu tinggal dengan siapa namun dia menjawab berseorangan.

Bagaimanapun, selepas pintu tandas ditutup, keluar seorang wanita memakai baju T dan seluar panjang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bantuan Makanan Ringankan Beban Mangsa Banjir Kuala Bil


Apabila disoal siasat, pasangan ini mengaku mereka tidak mempunyai sebarang ikatan dan kedua-duanya berasal dari Selangor.

“Mereka mengaku sudah berkenalan sejak di bangku sekolah namun terpaksa berjauhan kerana melanjutkan pelajaran.

JAINJ akan dakwa mereka mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor kerana berkhalwat.

4 jam tunggang motosikal untuk jumpa kekasih di hotel Bukit Gambir


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tabung RM50 Juta Bukan Sekadar Sumbangan, Tanda Solidariti Buat Najib

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker