Kemaruk Video Lucah, Lelaki Ini Merana Selepas Masukkan Tali Nilon 2 Meter Dalam Zakar

Kemaruk Video Lucah, Lelaki Ini Merana Selepas Masukkan Tali Nilon 2 Meter Dalam Zakar

SEORANG lelaki berusia 37 tahun menerima padah selepas memasukkan seutas tali nilon sepanjang dua meter ke dalam zakarnya untuk memaksimumkan ereksi.



Pesakit yang tidak dinamakan di Indonesia memasukkan tali tersebut ketika ereksi penuh ketika menonton video lucah.

Dilaporkan, lelaki berkenaan tidak pernah melakukan hubungan intim sepanjang hidupnya,

Menurut pasukan penyelidik di negara Asia, pesakit yang memasukkan objek ke dalam uretra (salur kencing) dan lambat mendapatkan rawatan boleh membawa kepada komplikasi serius.

Kesannya termasuk jangkitan saluran kencing berulang, selain pembentukan batu dan urosepsis.



Para penyelidik percaya bahawa segelintir individu memasukkan objek ke dalam zakar mereka kerana masalah psikiatri dengan tujuan untuk mencapai kenikmatan seksual.

Cabaran untuk menangani kes-kes ini adalah pesakit tidak jujur mengenai apakah sebenarnya dilakukan mereka, sehingga menghalang diagnosis dan pengurusan rawatan.

Dalam kes ini, lelaki berkenaan dimasukkan ke bilik kecemasan hospital selepas mengadu sakit di bahagian bawah perut.



Kata mereka, komunikasi dengan pesakit adalah mencabar kerana perasaan malu dan sejarah kesukaran untuk bercakap.

Mengakui sering menonton video lucah dan melakukan masturbasi setiap hari, pesakit berkenaan mengakui pertama kali memasukkan tali nilon ke dalam kemaluannya.

Tali nilon tersebut berjaya dikeluarkan selepas beberapa hari dan pesakit kemudian dirujuk kepada jabatan psikiatri untuk penilaian lanjut mengenai tingkah laku seksualnya. – Daily Star 

Kemaruk Video Lucah, Lelaki Ini Merana Selepas Masukkan Tali Nilon 2 Meter Dalam Zakar



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker