Separuh rekrut baharu agensi perisikan ‘James Bond’ adalah wanita

LONDON – Ketua Pengarah MI5, Ken McCallum, mendedahkan separuh daripada rekrut baharu agensi risikan Britain itu terdiri daripada ejen wanita, lapor akhbar Daily Mail, semalam.

Menurutnya, situasi itu menunjukkan bahawa khidmat keselamatan rahsia tersebut kini sedang mengalami perubahan, di mana lebih ramai wanita mengambil alih tugas yang kebiasaannya didominasi oleh lelaki.

Tambahnya, perubahan keseimbangan jantina dalam agensi itu menjadikan identiti ‘Bond’ baharu lebih menarik.

“Dalam dunia realiti, setiap pekerjaan boleh mempunyai bilangan kakitangan lelaki dan wanita yang sama rata.

“Ini dibuktikan dengan 47 peratus daripada kakitangan kami adalah wanita yang turut merangkumi  lebih 50 peratus daripada rekrut baharu tahun ini,” katanya. – AGENSI

Separuh rekrut baharu ‘James Bond’ adalah wanita


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker