Sissy tak cemburu Vanesha lebih popular

Sissy tak cemburu Vanesha lebih popular

Biarpun kakaknya, Sissy Priscillia, 36, bintang ternama di Indonesia, namun, Vanesha Prescilla, 22, tidak pernah mengambil kesempatan atas popularitinya demi kepentingan diri.

Malah, adik kepada pelakon filem Ada Apa Dengan Cinta itu bersusah payah membina nama dan populariti dengan menyertai pelbagai pertandingan pencarian bakat model sejak di bangku sekolah, sebelum akhirnya terjebak dalam dunia lakonan.



Vanesha mendedahkan, Sissy tidak pernah campur tangan dalam urusan kerjayanya sejak dari awal pembabitan menerusi filem Dilan 1990, empat tahun lalu.

“Saat saya berpeluang membintangi filem pertama, Sissy tidak pernah campur tangan dan mempengaruhi sesiapa. Malah, penulis filem yang bertemu saya dengan menawarkan watak Milea,” katanya.

Vanesha dan Sissy ditemui pada sidang media filem Backstage secara virtual, baru-baru ini. Buat kali pertama, adik beradik yang popular itu digandingkan menerusi filem arahan Guntur Soeharjanto itu.

Menerusi filem Backstage, Sissy memegang watak Sandra, manakala Vanesha pula Elsa.



Turut bergelar penyanyi dan bintang komersial, Vanesha berkata, dia tidak pernah bercita-cita menjadi pelakon.

“Jujurnya, saya tidak pernah berkeinginan bergelar pelakon. Impian saya mahu menjadi model, tetapi, pintu rezeki dan peluang besar lebih terbuka dalam dalam lakonan.

“Jadi, kenapa saya harus menolaknya? Saya cuba dan nikmati jalan yang diberikan ini,” katanya.

Vanesha berkata, karakter yang dibawakan dalam filem itu agak berbeza daripada sifat sebenar mereka.



“Watak Sandra sebagai kakak dalam filem ini amat berbeza. Sandra, kakak yang sangat penyabar dan sanggup membelakangkan kepentingan diri demi Elsa.

“Bagaimanapun, di luar filem, Sissy masih kakak yang sangat baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga.

“Watak Elsa dalam filem ini juga tidak sama dengan sifat sebenar saya. Kami mempunyai karakter masing-masing,” katanya.

Populariti Vanesha memuncak selepas membintangi filem drama bergenre romantik nombor satu terlaris di Indonesia, Dilan 1990. – Foto Ihsan Astro
Sementara itu, Sissy berkata, dia tidak pernah menggunakan pengaruhnya untuk memperkenalkan Vanesha kepada produser yang dikenali.



“Sebagai kakak, saya memang boleh membawa Vanesha atau memperkenalkannya kepada sesiapa sahaja. Namun, saya tidak pernah berbuat sedemikian kerana ini soal rezeki.

“Saya tidak mempunyai kuasa mengatur rezeki, berapa banyak dimahukan atau berapa lama tempoh untuk berada dalam dunia seni, semuanya bukan kerja kita.

“Saya hanya mencadangkan Vanesha untuk filem Backstage kerana hubungan baik saya dengan penerbit, Robert Ronny. Kami bukan sahaja rakan kongsi dalam kerja, tetapi, hubungan kami sudah seperti ahli keluarga,” kata Sissy.

Kali kali digandingkan bersama Vanesha, Sissy akui, agak kekok beraksi di hadapan kamera bersama. Malah, bagi mencipta keserasian, mereka perlu mengikuti kelas lakonan selama sebulan.



“Saya dan Vanesha menjalani latihan selama sebulan agar tidak terbawa-bawa karakter sebagai adik beradik yang sebenar dalam filem. Jadi, kami perlu kelas lakonan untuk mewujudkan keserasian Elsa dan Sandra.

“Jika disoal mengenai cabaran, itulah cabaran saya dan Vanesha agar tidak terbawa-bawa ‘bonding’ adik dan kakak dalam filem ini,” kata Sissy.

Melihat Vanesha kian menyerlah dalam dunia lakonan, tidak menimbulkan sekelumit rasa cemburu di hati Sissy yang sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata lelaki.

Memulakan kerjaya lakonan pada usia 11 tahun, Sissy gembira melihat nama Vanesha semakin memuncak, malah, membintangi filem drama bergenre romantik nombor satu terlaris di Indonesia, Dilan 1990.



Malah, katanya, dia bersyukur Vanesha berjaya mengecapi keinginannya sebagai model, apatah lagi, menunjukkan minat ke arah dunia peragaan sejak di bangku sekolah.

“Jika cemburu kepada Vanesha, apakah mungkin saya mencadangkan namanya untuk filem Backstage ini. Lagipun, ibu bapa tidak mengajar kami bersikap iri hati sesama sendiri.

“Sebaliknya, saya berbangga Vanesha dapat meneruskan kerjaya seni dengan baik. Vanesha memiliki potensi luar biasa.

“Filem pertamanya, Dilan 1990 sukses menyebabkannya diterima peminat, sekali gus, membuatkan saya tumpang berbangga,” katanya.

Akuinya, dia melihat potensi Vanesha yang suka berangan sebagai model sejak kecil.

“Vanesha akan berpura-pura beraksi di hadapan cermin seperti pelakon. Ketika saya mencadangkan namanya untuk membintangi filem Backstage, dia masih belum pernah berlakon lagi.

“Namun, saya yakin kemampuan membawakan watak Elsa,” katanya.

Sissy berkata, filem Backstage terpaksa dihentikan akibat pandemik COVID-19, sedangkan, penggambaran baru bermula tiga hari ketika itu.

“Pelbagai cabaran dilalui untuk melihat filem Backstage ditayangkan di panggung. Idea menghasilkan filem ini tercetus sejak 2016, namun, disebabkan kesibukan ia hanya dirancang semula pada 2019.

“Ketika baru hendak memulakan penggambaran pada 2020, kami diuji dengan pandemik yang menyebabkan penggambaran tertangguh selama beberapa bulan.

“Akhirnya, filem Backstage berjaya disiapkan pada Ogos, tahun lalu,” katanya.

Namun, katanya, penggambaran pula terbatas dalam banyak prosedur yang ditetapkan ketika pandemik.

“Saya bersyukur ramai peminat menggemari filem Backstage ketika ditayangkan pada Disember lalu di Indonesia.

Rata-ratanya memberikan rating tinggi untuk filem ini,” kata Sissy.

Filem Backstage menyaksikan kolaborasi strategi antara Astro Shaw dengan penerbit, Paragon Pictures. Selain itu, filem yang turut dibintangi Achmad Megantara, Aulia Sarah, Karina Suwandi, Ferry Salim, Verdi Solaiman, dan Roy Sungkono itu turut mendapat kerjasama Ideosource Entertainment, Endeavor Content dan NFC Indonesia.

Backstage ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia sejak 30 Disember, tahun lalu dan mula ditayangkan di Malaysia sejak minggu lalu. BH

Sissy tak cemburu Vanesha lebih popular


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker