Fitnah PM: SetPol buat laporan polis



Fitnah PM: SetPol buat laporan polis

Satu laporan polis akan dibuat Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung laporan berunsur fitnah hari ini.

Laporan itu akan dibuat Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus jam 2 petang ini berdasarkan kepada satu jemputan media yang diterima MG.

Menurut jemputan itu, laporan berkenaan akan dibuat terhadap dua laporan media portal tempatan terhadap Ismail Sabri.

Laporan itu akan dibuat di Balai Polis Dang Wangi.




Ia berhubung satu laporan portal Agenda Daily bertajuk ‘Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, ‘rayu’ jangan tarik sokongan’ yang disiarkan portal berkenaan semalam.

Dalam laporan itu, Ismail Sabri difahamkan seolah-olah ‘merayu’ Perikatan Nasional (PN) untuk tidak menarik sokongan terhadap beliau.

Ismail turut dilaporan membuat rayuan itu setelah dua kali peringatan daripada Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin. MG

Fitnah PM: SetPol buat laporan polis


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis



Leave a Reply

Your email address will not be published.