PH ubah peraturan hutang, Najib tegur Pua ‘beremosi’

PH ubah peraturan hutang, Najib tegur Pua ‘beremosi’

Pakatan Harapan (PH) yang mengubah peraturan pengiraan hutang negara, kata Najib Razak membalas “luahan beremosi” Ahli Parlimen Damansara Tony Pua.

Tidak seperti kerajaan lain di seluruh dunia, termasuk Singapura, kerajaan PH cuba mencipta definisi baharu yang merangkumi hutang langsung kerajaan, jaminan kerajaan dan obligasi pajakan, kata Najib.

“Seperti yang dijelaskan berkali-kali sebelum ini, semua negara lain di dunia dan pelbagai agensi antarabangsa mengklasifikasikan hutang kerajaan sebagai hutang langsung kerajaan, tidak termasuk dua yang lain itu.

“Tiada sesiapa selain kerajaan PH yang menggunakan definisi yang PH gunakan. Bukan sahaja ia tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa, malah tidak mengikut standard perakaunan,” katanya.

Ini susulan jawapan Pua terhadap kenyataan Najib bahawa hutang negara kini yang mencecah RM1 trilion jauh berbeza daripada semasa pentadbirannya. Pua berkata, hutang RM1 trilion itu adalah milik kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib sepenuhnya.

Pada 2018, Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng mendakwa, jumlah keseluruhan hutang kerajaan, termasuk liabiliti, berjumlah lebih RM1 trilion.

Najib mempersoalkan sama ada jaminan yang diberikan bagi pinjaman relatif diklasifikasikan sebagai hutang yang perlu dibayar segera.

“Adakah anda juga akan mengklasifikasikan bayaran sewa rumah masa hadapan anda sebagai hutang? Itulah yang dilakukan PH apabila mereka cuba mendakwa hutang negara secara keseluruhan mencecah RM1 trilion setakat pilihan raya umum ke-14 (PRU14),” katanya.

Beliau juga berkata, angka RM80 bilion jaminan kerajaan bagi pelbagai projek pengangkutan awam tidak termasuk dalam hutang rasmi kerajaan kerana infrastruktur adalah aset jangka panjang yang akan terus memberi manfaat untuk tempoh 50 dan 100 tahun akan datang.

“Sebuah terowong, jambatan atau laluan landasan yang dibina hari ini akan berfungsi sehingga beberapa dekad depan,” katanya, memetik artikel yang berkata, hutang infrastruktur awam jangka panjang tidak termasuk sebagai hutang rasmi kerajaan di Singapura.

Beliau berkata, jaminan kerajaan meningkat sebanyak RM29 bilion sepanjang 22 bulan pentadbiran kerajaan PH.

“Dengan menggunakan logik Tony, patutkah kita juga mendakwa kerajaan PH turut cuba ‘menyembunyikan’ hutang RM29 bilion?” katanya.

Najib juga menuduh kerajaan PH menjarah Petronas “untuk membayar dividen yang sangat tinggi”, iaitu sebanyak RM24 bilion pada 2018 dan RM54 bilion pada 2019, jauh lebih tinggi daripada RM16 bilion yang dibayar kepada kerajaan BN dua tahun sebelumnya.

“Jika Petronas tidak membayar dividen ini yang diiktiraf sebagai hasil kerajaan, defisit dan peningkatan hutang kerajaan PH akan menjadi lebih tinggi,” katanya.

Najib berkata, PH tidak faham pengurusan hutang “sebab itu mereka gagal teruk dalam pengurusan ekonomi dan usaha menggalakkan pertumbuhan apabila memegang kuasa,” katanya.

Beliau menegur Pua dengan berkata, “tidak ada sebarang luahan emosi dan percakapan biadap yang akan menutup kegagalan 22 bulan bawah PH”. FMT

PH ubah peraturan hutang, Najib tegur Pua ‘beremosi’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker