PN dicabar letak Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ di Johor

PN dicabar letak Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ di Johor

Perikatan Nasional (PN) dicabar meletakkan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin sebagai ‘poster boy’ atau pemimpin utama untuk diketengahkan dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, berkata “nyawa” Bersatu adalah terletak pada Muhyiddin yang menentukan hidup mati parti itu.



“Saya nak cabar Muhyiddin supaya dia kekal jadi ‘poster boy’ PN di PRN Johor. Tolong guna slogan sama macam di Melaka ‘Abah sayang Johor’.

“Masa enam bulan pertama jadi perdana menteri ke-8, Muhyiddin dan pengampunya mendakwa dia adalah PM paling popular.

“Rupanya selepas 17 bulan, ‘abahku’ hilang jawatan PM. Dia ‘PM gagal’,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Pada PRN Melaka Nov tahun lalu, PN mempertaruhkan Presiden Bersatu itu sebagai ‘poster boy’ mereka dengan slogan ‘Abah sayang Melaka’.



Pada PRN Melaka PN hanya memenangi dua kerusi iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan Bemban.

PN dan BN menjadi seteru selepas parti itu dikatakan mengkhianati Umno pada PRN Sabah.

Dalam pada itu, Mohd Puad secara sinis berharap Muhyiddin tidak kesal dan malu kerana menubuhkan Bersatu dan cuba “membunuh” Umno.

“Nyawa Bersatu terletak pada Muhyiddin. Ada ‘abahku’, adalah Bersatu. PRN Johor adalah medan hidup mati Bersatu. Ia beban berat kepada ‘abahku’.



“Semoga ‘abahku’ tidak menyesal kerana tubuh Bersatu dan cuba bunuh Umno. Dia patut kesal dan malu kerana kalah dengan ahli akar umbi Umno yang kental setia dengan Umno,” katanya. Mk

PN dicabar letak Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ di Johor


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]



Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker