Zuraida bukan ahli kami – Hizwan

Zuraida bukan ahli kami – Hizwan

Pertubuhan politik baru Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini menegaskan Zuraida Kamaruddin tidak berada dalam senarai keahliannya dan akan menyerahkan kepada Bersatu untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Ini selepas kepimpinan tertinggi Bersatu dilaporkan berbincang untuk memecat Zuraida berhubung dakwaan kaitannya dengan PBM, yang ditubuhkan akhir tahun lepas oleh tokoh yang diketahui sehaluan dengannya.



Setiausaha Agung penaja PBM, Nor Hizwan Ahmad berkata, sehingga kini, parti itu masih belum menerima sebarang permohonan daripada Zuraida untuk menyertai mereka.

“Kami baru selesai Mesyuarat Majlis Tertinggi (PBM), setakat ini tiada nama YB Zuraida dalam senarai permohonan ahli baru PBM,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

“Justeru, saya tidak ada keperluan untuk campur tangan urusan dalaman parti Bersatu, biarlah mereka selesaikan antara mereka,” tambah Nor Hizwan, yang juga bekas ahli Bersatu.

Dilaporkan hari ini, Majlis Tertinggi Bersatu dalam mesyuarat terbarunya pada 25 Jan lalu telah membincangkan dengan panjang lebar mengenai langkah mahu memecat Zuraida berhubung dakwaan penglibatannya dengan PBM.



Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Muhammad Faiz Na’aman memberitahu Malaysiakini isu itu timbul kerana Zuraida dilihat mempunyai penglibatan dalam pembentukan PBM, sama ada secara langsung atau tidak.

Pun begitu, Nor Hizwan yang juga bekas setiausaha politik Zuraida mengesampingkan soalan apabila diasak mengenai dakwaan penglibatan Zuraida dalam membentuk PBM.

“Hal itu akan tetap kekal sebagai tuduhan,” katanya sambil menjelaskan kepimpinan PBM pada ketika ini “lebih daripada berkemampuan untuk mentadbir dan meneruskan agenda parti.”

Menurutnya, PBM terbuka untuk menerima sesiapa sahaja menyertai parti itu.



Ini selagi mereka berkongsi objektif parti yang mereka sebut sebagai agenda ‘The Great Reset 2030’ (Pembetulan Semula Besar-besaran 2030).

“Kami tiada halangan bagi mana-mana warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas untuk menyertai PBM.

Mana-mana permohonan akan dibincang untuk diluluskan oleh mesyuarat majlis tertinggi parti dan biro politik,” katanya.

Jawatan kerajaan



Pemimpin Bersatu, Faiz juga baru-baru ini menyeru bekas ahli parti itu untuk melepaskan jawatan kerajaan yang mereka perolehi atas tiket Bersatu.

Malaysiakini meminta Nor Hizwan mengulas kenyataan itu, kerana dia ialah ketua pegawai eksekutif (CEO) Majlis Getah Malaysia, sebuah agensi bawah kementerian Zuraida.

Mengenai perkara tersebut, dia berkata jawatan yang disandangnya itu bukan lantikan politik.

“Saya tidak rasa saya dilantik kerana saya ahli Bersatu.



“CEO jawatan pentadbiran, bukan lantikan politik,” katanya. Mk

Zuraida bukan ahli kami – Hizwan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker