Lelaki ditahan rogol adik kandung

Lelaki ditahan rogol adik kandung

Polis memberkas seorang lelaki di sekitar daerah ini, pada Isnin selepas dipercayai merogol adik kandungnya.

Timbalan Ketua Polis Klang Selatan, Superintendan Rahmat Ariffin berkata, mangsa berusia 22 tahun mendakwa dalam kejadian pada Ogos 2018 telah dirogol abangnya kira-kira jam 1 pagi di kediaman mereka di Klang.



Katanya, mangsa juga mendakwa telah dirogol beberapa kali selepas kejadian itu.

“Mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan juga dikatakan telah memaklumkan kepada ibu dan ayahnya berkenaan kejadian itu, namun tidak dipercayai,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, bertindak hasil maklumat, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan yang diketuai Inspektor Khairul Shahril telah menahan suspek berusia 24 tahun kira-kira jam 11 malam pada Isnin.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai buruh binaan telah direman sehingga 7 Februari untuk siasatan lanjut.



“Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya. Sinar

Lelaki ditahan rogol adik kandung


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?



Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker