Jangan sampai kami cadangkan UMNO tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan

Jangan sampai kami cadangkan UMNO tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan

Semua pihak dan ahli parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu berlapang dada berkaitan keputusan UMNO mahu meneruskan usaha pembelaan terhadap bekas presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata mana-mana pemimpin politik juga diminta tidak mengeluarkan kenyataan biadap, menghasut dan melaga-laga kepimpinan parti dalam Kerajaan perpaduan berhubung isu pengurangan hukuman ke atas bekas perdana menteri itu.



“Saya melihat keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam bukan saja membuktikan UMNO bersungguh-sungguh membela nasib Najib tetapi keterbukaan mereka menerima keputusan yang diputuskan Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan.

“Rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi kes Najib ini adalah hak UMNO sebagai parti yang membela nasib bekas presiden parti dan ia tidak boleh dianggap sebagai bentuk desakan atau tekanan kepada Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya ia adalah usaha dan ikhtiar yang perlu dihormati,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas mengenai keputusan mesyuarat MKT UMNO semalam yang bersetuju usaha mendapatkan pembelaan terhadap Najib diteruskan dan dijalankan mengikut lunas undang-undang negara, selain berpegang pada keputusan Perhimpunan Agung UMNO mengenai pengampunan bekas Perdana Menteri itu.

Parti itu dalam kenyataan selepas mesyuarat MKT menegaskan pembelaan terhadap Najib dibuat kerana merasakan bekas presiden UMNO itu tidak mendapat keadilan seawal proses perbicaraan.



UMNO dikatakan akan memulakan kempen tandatangan bagi merayu kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim bagi pengampunan penuh kepada Najib, selain berusaha merayu supaya Najib diberikan parol bagi menjalani lebihan hukuman di luar penjara selain hukuman tahanan dalam rumah.

Veteran minta pemimpin UMNO jangan celupar

Mustapha turut memberi amaran kepada pemimpin politik termasuk pemimpin UMNO supaya tidak ‘celupar’, biadap dan menjadi batu api, ‘batu ronson’ sehingga boleh ‘membakar jambatan’ yang sudah terjalin antara parti politik dalam Kerajaan Perpaduan.

Katanya, tindakan berbalas kenyataan antara pemimpin parti politik dalam Kerajaan Perpaduan hanya akan mengeruhkan keadaan dan menyukarkan proses penerangan kepada ahli parti di akar umbi berhubung isu ini.



“Bagi Veteran UMNO, jangan sampai kami memberikan cadangan supaya UMNO menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan jika ada lagi kenyataan biadap seperti yang dibuat bekas pemimpin DAP, Tony Pua.

“Jangan keluarkan pandangan yang menghina UMNO atau seolah-olah mempertikaikan keputusan Lembaga Pengampunan kerana tindakan itu seumpama menghina keputusan Yang di-Pertuan Agong, yang jelas satu kesalahan isu 3R (agama, institusi diraja dan kaum),” katanya.

Tony yang juga bekas setiausaha publisiti DAP dan Ahli Parlimen Petaling Jaya memuat naik beberapa hantaran di Facebook selepas keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib.

Lembaga Pengampunan memutuskan untuk memberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. BH



Jangan sampai kami cadangkan UMNO tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN



Akim diganggu perempuan miang nak menyondol

Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut



Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker