Najib ‘ajar’ kerajaan cara tarik pelabur



Sebaran :


Nak tarik pelabur?

1. Henti darurat. Pulihkan demokrasi.

2. Kawal Covid betul-betul. Jgn dengan cara separuh masak. Percepatkan kadar vaksinasi Covid.



3. Jgn salahgunakan perundangan dan institusi kerajaan termasuk LHDN untuk tujuan politik.

4. Pulihkan sebuah kerajaan dipilih Rakyat dengan majoriti yang kukuh tanpa membeli katak.

5. Halatuju dan visi ekonomi yang jelas. Bukan visi seperti WBK2030 yang entah siapa faham.



6. Jgn sesuka hati batal perjanjian-perjanjian projek termasuk projek bersama negara-negara lain.

7. Jgn jual semua aset-aset yang jana pendapatan untuk negara

8. Jgn pilih menteri yang terbukti gagal jaga ekonomi/negara dalam kerajaan PH dan ditugaskan semula dalam kerajaan PN untuk tarik pelabur. Pilih pemimpin yang ada track-record baik.



9. Jgn asyik memberi alasan-alasan tak masuk akal kepada Rakyat seperti “terlalu banyak orang tua dalam parlimen”, “perlu 3 tahun 2 bulan untuk integrasi JPN/SPR untuk laksana Undi18”, “Graduan perlu bersyukur jika mendapat kerja dengan gaji di bawah gaji minima”.

10. Jangan asyik keluarkan kenyataan yang menghakis keyakinan pelabur seperti negara tidak ada wang lagi atau penjawat awam perlu potong gaji untuk bantu ekonomi negara.

Najib Razak



Sabotaj kabotaj, kata Tok Mat berhubung kerugian projek dasar laut


Sebaran :


Leave a Reply